Tuesday, October 07, 2014

Jom baca petua orang dahulukala... ^_^









Well, awak suma apa khabar? Camne raya Aidiladha baru-baru nie? Mesti ada di kalangan kita yang masih bercuti kan dan ada pulak (termasuk saya) yang dah masuk kerja… Tapi memang menjadi kebiasaan kita kan, kalu cuti panjang aje, mesti rasa kemalasan nak bekerja tue akan ada dalam diri masing-masing… Hope that will be not last forever… Okey, entri saya untuk kali nie adalah berkaitan dengan petua orang zaman dahulukala, yealah kadang-kadang petua mereka sangat berguna dan tengoklah bagaimana mereka menjaga kesihatan mereka meskipun mereka akan mengalami sakit-sakit… Sumber alam semulajadi yang Allah kurniakan kepada kita sangat besar manfaatnya cuma kita sajalah yang mencorakkan bagaimana nak memanfaat sumber tue…

Okey, taknak cakap banyak, jom kita baca info nie, manalah tau ianya akan berguna untuk awak suma nanti… Well, selamat mencuba… Jaa mata nee, minna-san…





 
Kurangkan dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.


Merawat senggugut
Tumbuk lumat segenggam halia dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum, dimulai dengan selawat.Insha Allah senggugut akan hilang.


Lentikkan bulu mata
Ambil daun lidah buaya, potong dua untuk mendapatkan lendirnya. Sebelum masuk tidur, sapukan lender daun lidah buaya pada bulu mata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik.


 
Melebatkan rambut
Ramas daun bunga raya yang bersih sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung berserta dengan sesudu madu lebah. Gaul sekata dan sapukan pada rambut. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit. Kemudian, cuci rambut hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.


Tiada lagi parut
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.Insha Allah ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.


Kulit cerah, licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada wajah dan seluruh badan. Insha Allah, kulit akan cerah, licin dan harum.


Rambut lembut
Bersihkan secekak kangkung dan masukkan ke dalam bekas yang berisi enam cawan air suam. Ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Sapukan lendir pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

Hilangkan ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mongering dan luruh sendiri.


Selamat tinggal jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai-kedai India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada jerawat. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari.

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧