Diari harian

Wednesday, October 15, 2014

Salam di hari Rabu yang ceria... Hope semuanya sihatlah hendaknya dan semoga kita semua dilindungi oleh Allah SWT... Al-Hamdulillah rasa bersyukur sangat-sangat kerana Allah masih lagi memberi peluang kepada kita semua untuk menikmati keindahan dan sentiasa bersyukur dengan kurniaanNya... Tapi tuelah, segelintir di antara kita ada yang tak mengenal erti kesyukuran dan mereka seakan-akan lupa tentang perjalanan kita yang sebenar... Kadang-kadang terfikir juga saya mengapa segelintir manusia tak tahu camne nak meneruskan perjalanan yang lurus, walaupun mempunyai jalan yang berliku tapi sentiasa ada panduan...
Hehehe naik pening jugak kan fikir tentang masalah manusia... sebab tue saya tak berapa suka sangat nak berceloteh tentang masalah manusia nie, memeningkan kepala aje... Kehidupan mesti diteruskan dan kita sebagai manusia takkan dapat lari daripada ditimpa kesusahan sebab Allah nak lihat sejauh mana kita ingat pada Dia....Adakah kita menghadapi dugaan dan kesusahan ini dengan tenang atau sebaliknya? Saya sendiri pun mempunyai masalah dan hanya Allah saja tempat saya mengadu masalah jika saya tiada penyelesaian, dengan cara istikharah... Saya tak kisah dengan pandangan orang lain sebab mereka tak tahu isi hati saya yang sebenarnya tapi Allah tahu segala-galanya... Apa yang berlaku pada saya sekarang adalah ketentuan yang Allah dah tetapkan untuk saya dan saya sebagai hambaNya, kenalah redha dan berlapang dada... Sebabnya saya tahu Allah mempunyai rancangan yang cukup hebat untuk kehidupan saya seterusnya... Hope awak pun camtu jugaklah, yea... La Tahzan, Insha Allah, Allah sentiasa beri bantuan kepada kita dengan syarat kita kena mengadu pada Dia dan bukannya perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah...

Pada kawan-kawan yang satu opis tue, awak suma dah isi ke LNPT dan SKT untuk tahun nie? Hehehe ingat tau dateline dia sampai 15 November nie, isilah mana yang sepatutnya kena isi dan kalau boleh isilah awal-awal supaya line HRMIS tak busy... Maklumlah bukan kita aje yang gunapakai HRMIS nie, hampir seluruh kakitangan kerajaan yang menggunakan sistem nie... Saya pun tak isi lagi sebab pada 20hb nie saya nak pegi kursus kaunter berkualiti di Dewan Sutera, JBPM.. hehehe dekat aje... Nanti lepas habis kursus baru saya akan isi HRMIS tue.... Tahun lepas saya dah dapat APC dan Insha Allah saya akan pertingkatkan lagi mutu perkhidmatan saya di masa akan datang, sumanya kerana Allah dan bukan kerana anugerah sesebuah jabatan... Saya amat sukakan pekerjaan saya nie dan Insha Allah ianya akan berkekalan hingga saya bersara nanti...Amboiii Cik Shikin, dah terfikir nak bersara ke? Hehehe lambat lagi nak bersara... Dulu saya penah jugak dapat cuti lama, memang boring duduk di rumah sebab takde sapa yang berada di dalam rumah tue... Lainlah jika saya mempunyai anak-anak, Insha Allah kalu Allah bagi rezeki anak pada saya, adalah tue... Saya sentiasa peringat pada diri saya yang bukan saya saja yang menghadapi dugaan ini, malah saya sentiasa teringat pada kisah Nabi Allah Nabi Zakaria yang mempunyai anak semasa baginda sudah lanjut usia... Bertahun-tahun Nabi Zakaria berdoa pada Allah agar dikurniakan zuriat, dah lama baru Allah kurniakan zuriat pada Nabi Zakaria... Sedangkan Nabi Zakaria yang seorang Rasul pun diberi ujian sebegitu, kenapa kita tak dapat hadapi ujian sebegitu tue, betul tak? Bila masyarakat bertanya perihal anak-anak, saya memang akan menjawab jawapan yang sebegitu, baru mereka akan berdiam diri... Satu lagi jawapan yang saya selalu bagi pada mereka yang tak sensitif pada diri seseorang, iaitu “kalu Allah tak izin saya dapat zuriat, sapa saya untuk menentang ketentuan Allah? Walau kita berusaha banyak mana sekalipun, kalu Allah tak izin, tak menjadi jugak usaha kita...Mungkin saya masih kekurangan ilmu lagi sebab tue Allah nak kita pertingkatkan usaha dalam pencarian ilmu tue.. Jadi sentiasa bersangka baik dengan suma perkara..” Walaupun kedengaran agak kurang ajar tapi sekurang-kurangnya kita peringat pada dia yang semuanya adalah ketentuan Allah dan bukan usaha kita seorang...

Okey, Insha Allah lain kali kita jumpa lagi... Fii Amanillah, ya wa anti / wa anta...

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧