Friday, November 07, 2014

Entri bab makanan...^__^ (ROJAK AYAM TERENGGANU)




 Salam ceria Jumaat, penghulu segala hari...

Hope awak semua ceria-ceria hari nie... Hari nie saya nak berkongsi sikit pasal makanan tradisional Terengganu, erkkkk...hmmmm bolehlah kot dikatakan makanan tradisional tapi makanan nie memang salah satu makanan kegemaran rakyat negeri Terengganu... Nama makanan nie adalah 'rojak ayam Terengganu atau lebih dikenali sebagai rojak keling'... (maaf pada masyarakat India tapi memang nie la panggilan nama rojak di sana, bukan nak menghina atau menyinggung perasaan...)

*Inilah rupanya rojak ayam Terengganu*











 Masa saya keja kat Kolej Komuniti Kuala Terengganu dulu, saya selalu beli rojak nie untuk makan tengahari dan memang jaranglah saya makan nasi di waktu tengahari... Sebab ada satu kedai nie (lupa dah nama kedai tue) di Jalan Pejabat, Kuala Terengganu, rojak ayam dia memang fuuhhhhh terangkat, sedap giler... Awak suma kalu datang ke Terengganu, carilah rojak nie, memang lain dari yang lain... saya penah cari jugak rojak ayam di Salak Tinggi atau Putrajaya atau KL tapi rasanya tak sama dengan masakan negeri Terengganu... Ohh, awak nak resipi? Boleh tapi saya pun belum cuba lagi, Insha Allah nanti kalu saya dah buat, saya akan upload gambarnya yea... Resipi nie dah lama saya salin di buku tapi nak buat tue, hmmm ntahlah bila boleh buat... Insha Allah satu hari nanti saya akan buat... Well, nie lah resipi yang saya salin dulu... 

***************************************************
Bahan-bahan :-
1/4 ekor ayam
3 biji telur rebus [belah2]
3 keping tahu [goreng dan potong nipis]
1/2 biji sengkuang [saiz kecil]
1 batang timun
1/2 biji salad lectucce
500 gm mee kuning [celurkan sikit]

 Cara buat :-

 Ayam dipotong 2 dan dibersihkan. Gaulkan garam dan kunyit dan gorengkan. Bila dah sejuk potong kecil. Semua sayuran dipotongkan kecil. Masukkan serba sikit semua bahan dalam pinggan dan taburkan kuah kacang atas bahan.

KUAH KACANG

Bahan-bahan :-
1/2 kg kacang tanah (goreng, buang kulit dan tumbuk kasar)
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar :-
3 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras

Cara buat :-
Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan garing. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak. Hidangkan dengan rojak ayam.


******************************************************

Haa...camne? hehehe awak suma bolehlah buat nanti... Okey, jaa mata nee...
  

1 comment:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧