Thursday, November 20, 2014

Salam ceria Khamis.... ^_^




Salam ceria di hari Khamis walaupun hujan sering melanda di waktu petang... Hope awak suma sihat-sihatlah selalu, mana rakan-rakan yang mengalami sakit demam selesema dan sebagainya tue, harap sabar dan tabah menghadapinya dan jangan lupa makan ubat yea... hehe dah macam doktor lah pulak tapi doktor yang tak bertauliah dan tak berlesen... 

Kejap aje kan, kita dah masuk pertengahan bulan November dan hari nie dan esok pelajar sekolah akan pegi ke sekolah.. Dan bermulalah episod cuti sekolah, yahoooo...aikkk.. napa pulak saya yang happy? hehehe walaupun saya tak mempunyai anak yang bersekolah tapi seronok jugaklah sebab jalan tak jammed mana nanti...hehehe sebab tue aje... yealah, mak dengan ayah pun takdelah terkejar-kejar nak menghantar anak ke sekolah kan, jadi mereka mempunyai banyak masa untuk pegi keja saja..Tambahan pulak sekarang nie waktu hujan, jadi mereka takdelah nak terkejar-kejar sangat.. Sebut aje hujan, saya nak ingatkan pada awak suma agar menjaga keselamatan diri dan keluarga agar tidak ditimpa musibah, malang tak berbau.. Pada mangsa banjir pulak, diharapkan menjaga keluarga agar tidak bermain air banjir, takut dikhuatiri berlaku apa-apa yang tak diingini.... 


Okeylah setakat nie dulu coretan saya...Jaa mata nee...


No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧