Resipi Jala Emas (Makanan Tradisional Terengganu)

Tuesday, December 09, 2014


  
Awak tahu tak pasal makanan tradisional Terengganu dan Kelantan dipanggil Jala Emas? Ada yang mengetahuinya dan ada yang terkulat-kulat...Camne yea rupanya jala emas tue? 

Sumber gambar : Google Images


Inilah rupanya jala emas, nampak macam sedap kan... Masa saya di zaman kecik-kecik dulu, saya selalu dapat makan bila time orang kawin, sebab selalunya makanan ini digunakan sebagai hantaran perkahwinan selain daripada makanan wajik... Jala emas nie berbentuk seperti mee atau jaluran maggie dan nak buat jala emas nie memang agak cerewet sikit... Tapi saya boleh bagi resipinya.... Jom kita tengok resipinya dan awak suma bolehlah mencuba...


Bahan-bahannya
  • 15 biji telur ayam / itik – ambil kuning sahaja (Tapis dgn kain)
  • 400g gula halus (kurangkan gula jika tak suka terlalu manis – 250g @ 300g)
  • 2-3 helai daun pandan
  • 4 cawan air masak sebaiknya
  • Beberapa helai daun pisang untuk dibuat corong
Cara-cara membuat
Tapis kuning telur dan pukul sedikit. Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis air gula dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air mendidih dan berbuih halus(dengan api kecil), uraikan atau sapu keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut. Angkat dan toskan. Kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang lidi satay ataupun garfu. Lepas itu bolehlah dihidangkan....


Well...selamat mencuba...jaa mata nee...

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧