Saturday, January 31, 2015

Hari Wilayah Persekutuan...


















Yeaayyyy.... Alhamdulillah dapat cuti lama, beruntung la pada rakan-rakan yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, hehehe... Hari wilayah pada tahun nie jatuh pad hari Ahad, kemudian diganti pada hari Isnin dan seterusnya hari Selasa pulak adalah cuti umum hari Thaipusam... hehehe straight day dapat cuti dari hari Sabtu... So apa planning awak suma? Mesti banyak planning yang kita boleh buat pada hari cuti yang agak panjang jugak kan, mesti ada yang bercuti ke mana-mana atau paling koman pun balik ke kampung masing-masing...

Saya pun takdelah planning nak gie mana-mana tapi planning berkemungkinan nak menolong adik saya untuk mengemas rumah baru dia, di mana suami dia baru dapat kerja sebagai bilal di sebuah masjid di Puncak Alam.. Pihak masjid menyediakan sebuah rumah (macam kuarters la) dan sebuah motorsikal untuk kegunaan beliau mengulang alik dari masjid ke rumah... Tapi jika dia tak bertugas sebagai bilal, dia akan duduk bekerja di pejabat.. Tapi memandangkan adik saya tak dapat pindah lagi dari sekolah lama dia di Keramat so kena berpisah sekejap, tapi takdelah berpisah jauh pun, kiranya hujung minggu sekali dia akan balik di Puncak Alam...Buat sementara nie, adik saya tue perlu menyewa bilik di area Keramat, berdekatan dengan sekolah yang dia mengajar... Dan mereka berpindah pun pada minggu lepas jadi rumah baru yang sekarang nie belum dikemas dan dikeluarkan barang daripada kotak... 

Jaa, mata nee...

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧