Friday, January 09, 2015

Tungku bunjut homemade.... ^_^







 Awak suma penah tak bertungku? Biasanya rawatan bertungku nie lebih sinonim dengan wanita yang melalui proses melahirkan anak, tapi awak suma tau tak yang trend bertungku bukan lagi terhad untuk tujuan tersebut... Bertungku nie bagus untuk kita orang perempuan kerana ianya bukan saja dapat membantu membaik pulih kesihatan dalaman malah ianya dapat membantu dalam proses melangsingkan badan tapi kena konsisten lah kalu nak bertungku, hehehehe..

Amalan bertungku nie dikatakan dapat menghilangkan keletihan, mengurangkan sakit-sakit badan serta memberi kelegaan pada urat yang tegang dan sengal.. Ia juga dapat membantu membuang toksin, menghilangkan stres, melancarkan perjalanan darah dan memecah lemak di samping membuang angin yang terkumpul dalam badan...

Well, saya ada terbaca satu tips macamana kita buat sendiri tungku bunjut... Jom kita tengok camne cara buat dan awak suma bleh lah praktis di rumah....














Bahan-bahan :-
Kain bentuk empat segi
Lada hitam
Biji sawi
Jintan
Halba
Tali

Cara membuatnya :-
Campurkan kesemua herba ini dan goreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan-bahan tersebut di dalam kain. Ikat seperti bunjut. Panaskan bunjut di dalam ketuhar gelombang mikro atau periuk elektrik selama  5 hingga 10 minit. Tuam bahagian tubuh yang sakit menggunakan tungku tersebut...
 






Nah, nampak senang aje bukan...awak suma bolehlah mencuba di rumah.. Sekali sekala kita kena manjakan diri kita dengan rawatan tradisional nie jugak agar ianya tak ditelan dek zaman... Ambooiii bahasa...hehehehe... Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧