Friday, February 13, 2015

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

Image result for assalamualaikum 
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”..Kita dikejutkan dengan berita dua kematian semalam.. Pertama, seorang pengulas sukan yang paling tersohor di Malaysia, telah kembali menemui Allah ketika dalam rawatan di IJN dan kemudian pada malam jumaat pulak, kita kehilangan seorang ulama dan seorang pemimpin Islam yang terkenal di Malaysia, bahkan di seluruh dunia pun saya rasa allahyarham dikenali ramai, iaitu Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu pada 9.40 malam... 




Image result for al-fatihahSemoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...Amin Ya Rabbal Alamin.. Kita perlu ketepikan soal politik kerana kita telah kehilangan seorang ulama, dan itu adalah tanda-tanda kecil hari kiamat.. Kita perlu mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat, dan berhentilah daripada mencaci dan mencerca Allahyarham... Saya bukan penyokong mana-mana pihak tapi kadang kala rasa menyampah dan meluat dengan sikap orang-orang Islam kita sendiri yang meletakkan hukum atas seseorang tanpa usul periksa... Sebab ianya akan menjadi fitnah andainya apa yang dikhabarkan itu bukan benda atau perkara yang sahih dan tak pasal-pasal segala amal ibadat kita diserah bulat-bulat pada orang yang kita fitnah.. Jadi macam sia-sia saja segala usaha kita untuk mengumpul pahala untuk bekalan di hari akhirat nanti...

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧