✿Sahabatku✿

Follow

Thursday, June 18, 2015

Repost resipi Nasi Dagang Terengganu

Assalamualaikum, semalam saya bercerita tentang rempah gulai Cap Bunga Ros kan, ada member opis pulak nak resipi nasi dagang, dan katanya malas nak view page saya tue, jadi saya repost semula resipi nasi dagang Terengganu... Suami saya pun dah mula sukakan resipi nie, dan Insha Allah saya akan usahakan untuk membuat tapi disebabkan takde periuk pengukus, sebab tue tak buat.. hehehe Insha Allah akan diusahakan untuk membeli periuk pengukus nie sebab nak memikat hati suami.. chewahhh... 

Nasi Dagang Terengganu












Bahan-bahan untuk Nasi: 
- 4 cawan beras Jati*
1 cawan beras pulut*

(Tapi orang Terengganu sekarang dah tak guna lagi beras pulut sebaliknya guna *beras Siam wangi sepenuhnya, jadi bila makan takdelah muak)
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 in halia


Cara cara :
1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresap. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan


Resepi Gulai Ikan Aya / Tongkol :
Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..
Jangan buang air rebusan
* boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
* lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik


Bahan-bahan gulai :
1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
2 hiris lengkuas (dikisar)
1 hiris halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
1 1/2 liter santan
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
Sedikit Belacan
10 biji cili padi
sedikit garam


Cara-cara :
1. Masak Santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan.
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!


*Nota : Rempah gulai Cap Bunga Ros nie hanya ada di pasaran negeri Terengganu saja, negeri lain tak jual rempah nie, so kiranya limited edition la... 

Resepi Acar Timun:-
Timun
Lobak merah
Cili Merah dan Bawang

- SEMUA dihiris memanjang
1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka.


Cara-cara:
1. Gaul sebati dan dihidang.
Share:

1 comment:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧