Wednesday, July 08, 2015

Modus operandi penipuan duit...Silap oranglah kalu nak menipu....

Assalamualaikum, citer nie berdasarkan pengalaman saya sendiri... Hati-hatilah wahai kaum wanita tak kira samada yang bujang atau yang dah berkawin, dan terdesak dalam kehidupan samada jodoh atau wang... 

Saya berkenalan dengan "seorang lelaki mat saleh" yang kononnya berasal dari London, bekerja sebagai engineer dan penah berkawin dengan seorang wanita melayu dari Malaysia, tapi malangnya isterinya telah meninggal dunia akibat kanser.. Dia ada seorang anak lelaki dan sekarang tinggal bersama-sama dengan dia...Perasaan pelik muncul dalam hati bila mula2 kenal dia kata dia kristian, lepas tue bila dia berkata dia berkawin dengan wanita melayu, dia ubah ayat menjadikan dia seorang muslim..asakan soalan saya dengan soalan2 berkaitan bulan Ramadhan tak dapat dijawab malah cuba tukar topik bertanyakan mengenai cuaca di Malaysia.. 

Masa tue perasaan curiga semakin membuak2 bila dia bertanyakan pasal hartanah di mana "arwah isterinya" mempunyai sebuah klinik di KL, dia ingin menjual hartanah tersebut tapi tak dapat dilakukan sebab peguam hartanah berkata "sijil perkawinan" dia telah tamat tempoh..dia meminta saya menjadi isterinya (walhal dari awal lagi saya berkata yang saya dah kawin) bagi membolehkan peguam terbabit dapat menukar nama arwah isterinya kepada nama saya dan boleh dijual hartanah... Masa tue saya mula tersenyum sebab dah tau dari awal lagi dia cuba nak menipu saya..okey takpe, saya teruskan rentak permainan penipuan yang penipu nie ciptakan... sebab walaupun saya agak buta dalam bidang hartanah tapi rasanya tak perlu kot... kemudian dia berkata yang saya seorang wanita baik dan sebelum nie dia tak penah mempunyai perasaan begitu... (masa tue dia lupa penipuan dia mengenai 'arwah isterinya')... okey, saya masih ikut rentak lagi....
selepas tiga hari dia tak chat dengan saya, dia mula bertanya khabar dan berkata dia ada dekat abu dhabi untuk menguruskan projek dia di sana...lepas tue dia menyatakan perasaan sedih dia kerana anak lelaki dia mengalami kemalangan dan memerlukan wang untuk membuat pebedahan..Masa tue la helah dia untuk mendapatkan duit dari saya... Penipu nie berkata dia tak boleh balik ke London sebab pasport dia mengalami masalah dan dia tak boleh transfer duit memandangkan kad kredit dia juga mengalami masalah, jadi dia ingin meminjam wang sebanyak 500 dolar untuk pembedahan anak dia, bila saya kata takde duit, dia mula mengasak saya supaya beri pinjaman hinggalah tawaran meminjam diturunkan kepada 50 dolar...alasan saya berikan adalah saya ingin membaiki kereta sempena raya puasa dan ingin membantu ummie saya...Penipu nie berkata dia berjanji akan memulangkan wang saya berserta dengan wang pembaikan dan wang ummie saya...bila saya menolak, terus dia block nama saya dr listfriend... 

MORAL OF THE STORY :-
Salah orang la kalu nak menipu pun...

1) Memang sah dia cuba mempermainkan agama kita,mula2 cakap dia kristian lepas tue tukar ayat menjadi muslim... bila tanya pasal bulan Ramadhan, haram satu apa pun dia tak dapat jawab....

2) Ayat-ayat manis kononnya saya nie seorang yang baik dan tak penah dia mendapat layanan sebaik tue...Helo, kau lupa yang kau ada 'arwah isteri', kalu kau tak dpat layanan baik, masakan kau dapat berkawin dengan orang melayu, dari Malaysia pulak tue... dan jika benar kau beragama Islam dan tahu hukum agama, kau takkan bermain api dengan bini orang...

3) MODUS OPERANDI YANG PALING PENTING, PINJAM DUIT... kata engineer, mustahil kau takde duit kan untuk membuat pembedahan "anak lelaki" kau tue...Lepas tue cakap yang manis2, menyatakan aku seorang wanita yang baik tapi dalam masa yang sama, kau mengasak supaya aku beri pinjam duit pada kau... Apa hal?? Sorry to say la, kau dah salah orang nak meminjam duit... aku sikit pun tak kebulur duit kau bila kau kata nak support pembaikan keta dan ummie aku.... huhu last2 bila takleh tipu aku, kau block friendlist...hahaha 

*Pesanan pada semua wanita, hati2lah bila warga asing bermain kata2 bunga pada kita, dan jangan percaya pada mereka untuk memberi pinjaman pada mereka, kelak anda akan binasa diri...

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧