Friday, August 21, 2015

Di sebalik nama Starlavenderluna...

Image result for happy fridayAssalamualaikum dan selamat pagi di hari Jumaat, penghulu segala hari...Rasa macam segar pulak rasanya (tiba-tiba jea,...) ahakkss...rasanya segar bukan apa, esok dan lusa kan hari offday, jadi bolehlah berehat kat rumah... saya nie memang jenis yang suka duduk di rumah jea.. Bosan? entahlah, saya tak dapat feel bosan tue, jadi of course la saya kata, aku tak bosan, aku tak bosan... dah macam Amy Search la pulak.. 

Topik kita pada hari nie (chewahh dah macam rancangan forum pulak..) adalah di sebalik nama pena saya 'Starlavenderluna'... saya pun tak tahu bila saya dapat idea nak ambik nama pena nie, tapi apa yang pasti adalah, suma orang tahu tentang bunga lavender kan.. saya nie peminat bunga lavender dan penah tanam bunga lavender di halaman rumah sebelum ianya dimusnahkan oleh 'askar-askar wataniah' saya... cara musnah? bunga lavender kan berbentuk rimbun, diorang boleh landing dan tidur atas timbunan bunga tue, dan kat situ jugaklah diorang bermain berkejar-kejaran keliling pokok..padahal halaman rumah saya tue takdela kecik mana pun... mereka saja jea nak khianatkan atau mereka dengki kot dengan saya..hehee apapun my 'askar-askar wataniah' are my best friend, walaupun mereka kadang-kadang boleh buat kita pedih ulu hati...manakala perkataan star dan luna adalah merujuk kepada citer kartun 'Sailormoon', yang mana saya kan peminat kucing, dalam citer tue ada seekor kucing bernama Luna yang menemani Tsukino Usagi, star pulak merujuk kepada siri kedua @ ketiga 'Sailormoon Star'...

Jadi, muncullah nama pena saya 'Starlavenderluna' and i just love that name... wahhh berbahasa inggeris di pagi-pagi buta nie... 

Jaa nee..

 

5 comments:

  1. wah, menarik idea nak dptkan nama untuk blog. Good job!.
    Done follow, please follow back. TQ :)
    http://hasritasahaja.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 sis... trima kasih sbb follow saya... :) done follow jgk

      Delete
  2. Mengidam atau mengada-gada? Tanya badan anda Mengidamkah?

    ReplyDelete
  3. Wah ada makna sebalik nama blog sis hehehe saya tak de makna pun ikut suka hati ja haha

    ReplyDelete
  4. wahh ada makna nama starlavenderluna ni

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧