Monday, September 14, 2015

Al-Hamdulillah... Syukur padaMu Ya Allah...

Assalamualaikum,

Berita baik untuk warga sektor awam, pekeliling mengenai imbuhan tetap perumahan telah dikeluarkan...

Pekeliling ITP (Imbuhan Tetap Perumahan) 

Pekeliling  berkuatkuasa mulai 1 November 2015, Al-Hamdulillah..Pada rakan-rakan yang bukan daripada sektor awam, saya berharap agar awak suma janganlah ada sifat cemburu dan marah, anggaplah ianya bukan rezeki awak untuk menikmati suma nie... kadang2 rasa pelik di hati, (maaf mungkin ada yang tersinggung), bila majikan (kerajaan) mengumumkan bonus atau bantuan duit kepada kakitangan awam, ramai yang mengeluarkan pendapat masing-masing, ada yang protes ada yang bersyukur... 

Kat fesbuk contohnya, sebaik saja kerajaan mengumumkan bonus hari raya kepada kakitangan awam, ramai yang merungut dan bertanya, kenapa mereka tak dapat bonus tersebut sedangkan mereka jugak membayar cukai sama seperti kakitangan awam... saya tau bukan suma di kalangan awak yang merungut sedemikian, hanya segelintir saja, tapi awak tak terfikir ke siapa yang memberi ilham kepada majikan untuk memberi bonus, kenaikan gaji atau kenaikan pangkat? bukan ke ALLAH yang gerakkan hati mereka... Seandainya ALLAH tak mengizinkan atau menggerakkan hati majikan untuk memberi bonus, maka tak ada sesiapa pun yang akan merasai hadiah tersebut...

Kita kena ada mind set dalam diri masing-masing, segala apa yang berlaku ke atas diri kita, hanya ALLAH saja yang boleh tentukan..Walau serapi manapun rancangan yang kita buat, hanya ALLAH saja yang boleh gerakkan rancangan kita...

wahh..panjang benor bebelan saya, hihi..bukan apa, tadi pada fanpage facebook library saya, saya ada share tentang pekeliling ITP tue, dan bila orang ramai mengetahuinya, pasti akan ada suara yang tak menyenangi suma nie.... 

okey, jaa nee...




1 comment:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧