Saturday, September 26, 2015

Jaga diri...

Assalamualaikum,

Jerebu kembali semula dan rasanya mungkin akan berterusan hingga penghujung bulan Oktober 2015.. Hari nie all my family on the way back home to Kay Tee... haaa..mesti awak suma heran kan apa bendanya Kay Tee tue? 

Apa orang sekarang kata? Bahasa alien..hihi.. sebenarnya tue adalah singkatan kepada KT atau ayat paling panjang adalah Kuala Terengganu.. Gomennasai minna... 

Tadi pun, masa nak balik ke rumahku syurgaku nie, jerebu bukan main kuat lagi, hingga pandangan pun rasanya 200 meter kot...hubby terpaksa menyalakan lampu kereta sebagai langkah keselamatan... dan tadi pun hubby mengadu yang tekaknya terasa perit dan badan mula terasa panas, mungkin nak demam... 

Kesian hubby sebab mungkin terlalu banyak mendedahkan diri pada jerebu dan menyebabkan badannya mula memberi kesan negatif... sayang doakan bie cepat sembuh.. amin.. 

Hari nie aktiviti rumah dihentikan sebabnya masing-masing kepenatan (errkkk), kecuali saya buat rutin tukar pasir kucing,mandikan mereka dan basuh bekas akuarium kura-kura... terasa rindu pulak pada mereka suma dan yang bagusnya si comel2 nie, mereka tak sepahkan rumah...wahhh petanda baik nie, kalu tak hari2 kena sapu lantai disebabkan mereka buat cebisan kertas..

Jaa nee...oyasumi minna-san...


No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧