Sunday, September 06, 2015

Loghat Terengganu - Part 2

Assalamualaikum,

Okey, part 2 kali nie kita belajar tentang loghat Terengganu, manalah tau kot2 awak suma bila pegi ke Terengganu nanti boleh faham apa yang mereka katakan, lebih2 lagi bila awak ber shopping kat Pasar Payang... hihihi saya tau mesti tempat tue adalah tempat yang wajib awak suma kunjungi kan.. jom...









Image result for cute divider gif


Darat ( bersikap orang kampung / pedalaman)
Aku nie orang darat, tak suka makan makanan orang putih nie.

Dok rok sekepeng (tidak boleh diharapkan langsung)
Jangan minta tolong abang Mat sebab dia dok rok sekepeng.

Epek (merapatkan diri / rapatkan kenderaan)
Jangan epek sangat kereta mu tue, nanti bercalar kereta orang lain.

Gaha (gosok sesuatu bahagian dengan kuat)
Kalau gaha banyak kali tempat berlumut tue akan hilang.

Gedeber (Bersifat samseng)
Budak itu menjadi gedeber selepas ayahnya meninggal dunia.

Gedeber 2 (Bahagian badan perut bersusun-susun)
Gemuknya budak itu hingga perutnya gedeber.

Kekgi (sekejap lagi)
Kamu pergi dulu, kekgi aku ikut.

Kehek (Buang semula makanan di dalam mulut)
Kalau rasa basi makanan tue, kehek lah semula.

Kohor (perlahan)
Bakpe air paip nie kohor sangat?

Kosek (Usik)
Janganlah kosek adik kamu tue.

Nyenyeh (perangai yang menyakitkan hati orang)
Aku tak berkenan dengan perangai budak lelaki tue sebab dia nyenyeh sangat ke aku.

Pelekong (Baling menggunakan kayu)
Pokok pauh tue terlalu tinggi, kalau hendak buahnya, kamu kena pelekong.


Image result for cute divider gif

 
 Jaa nee..

3 comments:

  1. hakhak...penang kalau pelekong kami sebut punggai

    ReplyDelete
  2. boleh rujuk lepas nie kalau nak ke terengganu. negeri yg saya xpernah pergi lagi.. hehe

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧