Thursday, September 03, 2015

Ralat rasanya ke Cyberjaya...


Assalamualaikum, 

For the first time, dah lama keja kat Putrajaya, baru berkesempatan pegi ke Cyberjaya, maksud saya betul2 bandar Cyberjaya.. Sebelum nie saya hanya sampai kat Balai Bomba Dan Penyelamat Cyberjaya jea, tapi tak terdetik di hati untuk menyusuli jalan-jalan Cyberjaya.. 

Tengahari tadi, saya dan hubby ke Celcom Cube untuk menukar nombor telefon, dulu saya ambik plan family package di mana ada 5 nombor yang boleh kita ambik dan hanya bayar RM5 sebulan saja...Tapi jika kita nak call, contohnya antara saya dan hubby, line dan sms adalah free tapi jika saya nak call ummie atau mak mertua, caj panggilan biasa akan dijalankan... hebat kan... 

Sebenarnya, sebelum nie saya memang ada line tapi line tue dipakai oleh bekas suami saya,dan pulak nama bil atas nama saya... rasa macam tak best pulak bila bil atas nama kita tapi orang tak berkenaan pakai nombor tue walaupun dia yang bayar bil bulanan... lalu semalam saya call celcom centre untuk terminate nombor tersebut memandangkan saya sudah kembali berdua... dan mereka kata jika saya terminate nombor tue sekarang, plan family package takkan ada lagi sebab plan tue memang dah takde kat pasaran..mereka bagi solution, jika saya nak teruskan untuk terminate,memang takde masalah, tapi jika saya nak meneruskan plan ini pun boleh dengan syarat hanya perlu menukar nombor saja.. jadi semalam saya berbincang dengan hubby dan dia setuju untuk meneruskan plan tersebut..

Jadi kami ke Cyberjaya untuk menukar nombor yang baru dan nie la detik2 kelakar berlaku.. Bayangkan nak ke Cyberjaya pun guna waze padahal kalu ikut pada maps memang dekat jea, cuma 6km, tapi disebabkan kami tak kenal jalan, maka waze la penyelamat kami..adoii, hubby saya siap perli lagi, dah lama duduk Putrajaya tapi tak tahu jalan ke Cyberjaya, padahal kedudukannya sebelah Putrajaya jea... hihihihi.. Tapi biasalah kau kita waze dia akan tunjuk jalan yang jauh, bila on the way nak balik opis, adoiii rasa macam kena dipermainkan sebab dekat jea kot dengan Balai Bomba Cyberjaya... Mak Jemah kena tipu laaa.... hihihi

Jaa nee...

 

1 comment:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧