Wednesday, November 11, 2015

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Maha suci Engkau ya Allah; sungguh kami tiada memiliki ilmu kecuali yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Alhamdullilah. Segala puji pujian bagi Allah, Tuhan Sang Pencipta semua makhluk, Yang menyeru hamba-hambanya seraya mengkhususkan sebahagian dari mereka dengan hidayah dan rahmat  Dan semua itu bersesuaian dengan kehendakNya yang azali. :Sungguh kami telah mewasiatkan kepada orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan (juga) kepada kamu: “Bertakwalah kepada Allah”.(QS.4:131). Dan firman-Nya: “Allah menyeru (manusia) ke syurga Daru’s-Salam dan memimpin orang yang dikehendakiNya kepada jalan yang lurus” (QS.10:25.) Dan firman-Nya lagi: “Allah menentukan siapa yang dikehendaki-Nya, (untuk menerima) rahmat Nya (yang khusus) dan Allahlah Yang Maha mempunyai kurnia yang besar”. (QS. 2:105).

Selawat dan salam bagi junjungan dan pemimpin besar kita: Nabi Muhammad Saw, juga bagi keluarganya serta para sahabatnya, para pembela agama nan lurus

KEMBALILAH KEPADA ALLAH

Semakin hari, kita semakin dewasa. Hari ini kita melihat generasi yang lebih muda  daripada kita. Kita rasa mereka lebih teruk daripada kita (padahal sama saja dengan kita sewaktu muda remaja dulu).

Cuma, sekarang kita dah sedar bahawa apa yang kita pernah buat dahulu adalah satu kesalahan. Semoga ALLAH ampunkan kita.

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali agama ALLAH dan janganlah kamu bercerai-berai serta ingatlah akan nikmat ALLAH kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh-musuhan ,maka ALLAH mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu orang yang bersaudara kerana nikmat ALLAH 

Juga kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu ALLAH menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah, ALLAH menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk." [Surah Ali Imran 3 :103]

Andai diri rasa lemah. Mencari kekuatan tetapi tidak jumpa. Sedarlah wahai diri bahawa kekuatan yang dicari ada pada ALLAH. Mintalah bantuan dengan ALLAH,  rendahkan dirimu, sujudlah kepadaNYA. Kita sebagai manusia biasa sering kali lalai dan alpa. Oleh itu, apabila sedar cepat-cepatlah kembali kepada ALLAH SWT. 

Tatkala diri rasa tidak berguna. Bangun dan bangkitlah wahai semangat untuk memperjuangkan 
 agama ALLAH yakni menjalankan dakwah.

Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Masa lalu kita jadikan pengajaran. 
Kini dan masa yang akan datang, kita buktikan bahawa kita adalah muslim yang mengejar redha 
 ALLAH SWT dengan bersungguh-sungguh.

Seluas-luas pintu adalah pintu TAUBAT..

Kembalilah kepada ALLAH..
wallahu'alam

5 comments:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧