Friday, November 13, 2015

Assalamualaikum.. Akanku gagahkan jua..!




Daripada sejak semalam, sebelah tangan kanan saya mengalami bengkak, entah kenapa.. 

Mungkin disebabkan kena gigitan sesuatu atau tangan nie terlalu penat bekerja...

Apapun, kerja tetap kerja demi mencari sesuap nasi dan mencari rezeki untuk kemajuan diri.. Walaupun tangan yang berbalut dan berubat minyak panas, hati nie tetap bersemangat untuk datang bekerja.. 

Mujur jugak di kalangan rakan sekerja dan pegawai atasan memahami situasi diri ini yang bagaikan tidak terdaya untuk melakukan kerja seperti biasa..

Sabarlah wahai hati, dan tabahkan diri ini untuk mencari redha Allah.. Ada hikmah di sebalik ujian ini  dan menandakan Allah amat menyayangi dirimu..


Walaupun pergerakan agak terbatas, tapi kena selalu bersemangat waja.. Semoga Allah mengampuni semua umat Islam di seluruh dunia...  آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

 

1 comment:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧