Thursday, November 12, 2015

Assalamualaikum, kejutan pagi..!

Awak tentu dengar berita semalam kan,...Petang semalam, satu kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Karak telah berlaku dan menyebabkan ribuan orang terperangkap
akibat dari kejadian nie...

Jalan kedua-dua hala ditutup oleh tanah runtuh yang mengalir seperti air...




Subhanallah...! Saya memang sentiasa melalui jalan nie untuk
balik ke Kuala Terengganu tapi nie lah kali pertama (kot..!) kejadian
seumpama seperti nie...

Dengar citer ada kereta yang terperangkap semasa runtuhan tapi Alhamdulillah
semua orang terselamat semasa runtuhan berlaku..

Walaupun kita diuji dengan kejadian yang dahsyat, kita kena berfikir secara 
positif dan ada hikmah di sebalik kejadian ini, iaitu Allah amat menyayangi
hambaNya dengan memberi kita ujian agar kita tidak leka dengan
kelalaian yang kita sendiri lakukannya tanpa kita sedari..

Jadi, sama-samalah kita fikir apa kesalahan yang kita telah lakukan tanpa kita sedar atau tak dan minta ampunlah dengan Allah atau dengan sesiapa sahaja.. 

  Ya Allah...
Gerakkanlah hati kami ini agar sentiasa bertaubat kepadaMu,
serta peliharalah hati dan diri kami agar
kami tidak hanyut dalam dosa-dosa yang menggelapkan hati kami,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani..
آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن 
 

1 comment:

  1. teruk juga. dengar daripada rakan-rakan tanah runtuh berlaku di bentong - kl punya jalan. banyak juga kejadian tanah runtuh sekarang

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧