Jumaat yang...?

Friday, November 20, 2015


Assalamualaikum wbt...

Penatnya badan nie, rasa macam nak bergolek2 atas batu terapi sebab nak legakan lenguh2 di badan nie.. Dahlah petang nie semua staf diwajibkan bersukan, adoiii... nasib baiklah esok dah cuti, tapi takleh rehat jugak sebab schedule urut terapi padat sampai hari Ahad nie, Alhamdulillah, rezeki daripada Allah..

Nasib baik jugaklah Datuk Wira KP JBPM suruh asingkan antara staf lelaki dan perempuan..Yang lelaki kena buat macam2 aktivti sukan seperti bola tampar, sepak raga dan aktiviti lasak, manakala staf perempuan pulak kena berzumba.. WHAT..???

Awak tau hubby saya ketawa jea bila saya bagitahu hari nie kena berzumba, sebab katanya dia tak boleh nak bayangkan bagaimana saya berzumba...wahhhhh... Sabar Shikin...sabar separuh daripada iman...anggap aje sebagai satu cabaran buat dirimu..Ganbatte Hikari-Chan..

Hikari-chan..? Mesti awak pelik kan, sapa Hikari-chan.. Well tue salah satu nama saya, Hikari dalam bahasa Jepun dan bila di translate ke melayu, maksudnya Cahaya atau Nur..

Jaa mata nee...

2 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧