Monday, November 16, 2015

Menjaga hati sendiri VS Menjaga "hati" ALLAH

السلام عليكم ورحمة الله  وبركاته
Kebanyakkan kita masih gagal Istiqomah untuk beroleh Jiwa yang TENANG.. Kerana kita sebenarnya LEBIH banyak menjaga hati sendiri...daripada menjaga Hati kita dengan ALLAH. Kalau kita benar2 sedar diri kita hanyalah hamba ALLAH, kita akan berusaha mujahadah menjaga hati kita Dengan ALLAH...maka yang kita akan Utamakan adalah Hak ALLAH ke atas diri kita iaitu untuk mendapat Redha ALLAH Taala sahaja..

Surah az Zumar ayat 3
Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).

Dan semua kita "TAHU" HAK ALLAH keatas diri kita..namun..masih belum "MAHU" melaksanakannya..kerana apa...kerana masih tegar menjaga hati dan perasaan diri sendiri....

"...Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)"...

Kita mohon pertolongan ALLAH dengan "acuh tak acuh"..mulut kata mahu tapi hati masih takut2..bukankah ALLAH sudah menyatakan bahawa ALLAH tahu apa yang disembunyikan didalam hati kita? Jadi, sebenarnya kita telah berdusta. Selagi kita masih nak jaga Hati dan perasaan sendiri kerana masih Nak DUNIA,

Maka kita sendiri yang akan sakit nanti..itulah namanya menzalimi diri sendiri..
mohonlah ALLAH untuk sentiasa membimbing hati kita untuk betul2 mahukan Akhirat sahaja..dunia bukan lagi sandaran..Hati kita hanya untuk dipersembahkan kepada DIA sahaja...Inshaallah ALLAH pasti akan memberi hidayah dan TaufikNYA..

1 comment:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧