Thursday, December 10, 2015

Benar ke siri kartun tak berfaedah ditonton...?

Assalamualaikum wbt...

Ohayo gozaimasu, minna..selamat pagi suma, jom kita mulakan hari kita dengan kalimah, susuli dengan selawat ke atas Rasulullah
 Image result for selawat... 
Oh ya..! berkenaan soalan di atas, ada sesetengah berpendapat siri kartun tak berfaedah ditonton, benar ke begitu..? 

Kalau awak tanya pendapat saya la, mungkin ada sesetengah siri ianya tak berfaedah untuk ditonton, tapi kalau tengok secara mendalam, kebanyakkan siri kartun menerapkan nilai-nilai murni secara sedar atau tak..


Image result for doraemon
Contohnya cerita Doraemon, ada sesetengah berpendapat, watak Nobita tak sesuai untuk dicontohi tapi kalau awak tengok secara tersirat, sebenarnya watak Nobita tue memang wujud di alam nyata, seperti bercakap bohong, menipu dan terlalu bergantung pada nasib semata-mata tanpa usaha... Dan kalau awak tengok secara tersirat jugak, watak Nobita sebenarnya ada mengajar kita erti persahabatan, erti kemanusiaan dan erti kekeluargaan... Bak kata pepatah, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan... Watak Giant jugak ada berlaku di alam realiti iaitu sikap membuli pada orang yang lemah tapi kalau tengok pada sudut positif, dia sering membantu ibunya menjaga kedai walaupun dalam keadaan terpaksa dan sering memuji ibunya yang pandai masak... Watak Suneo pulak ada jugak berlaku di alam realiti iaitu sering berbangga dengan harta yang ada tapi kalau tengok dari sudut positif Suneo nie suka berkongsi apa saja dengan kawan-kawannya... Sizuka pulak memang dikategorikan sebagai seorang gadis yang penuh kelembutan tapi kalau tengok pada sudut positif, dia memiliki hati yang sangat tabah dan tegas...

Image result for ultramanSatu lagi siri yang kebanyakkan orang pertikaikan, iaitu siri Ultraman yang menjadi kegilaan budak2 sekarang nie.. Kalau tengok pada keburukan, yea memang ada keburukannya iaitu mengajar erti keganasan, tapi kalau tengok pada yang tersirat, siri tue ada mengajar erti nilai-nilai persahabatan dan erti tak kenal berputus asa walau ada banyak rintangan dan cabaran dalam menghadapi musuh dan raksasa.. Ada masanya mereka jugak mengajar macamana nak menjaga persekitaran, cuma mereka mengajar dalam bentuk raksasa sampah... 

Dan ada banyak lagi siri kartun yang mengajar anak2 kita nilai2 murni dan kita sebagai penjaga / ibu bapa harus menerangkan maksud yang tersirat pada anak2 sebab mereka kan ibarat kain putih, jadi kitalah yang mencorakkan mereka...

Itu pendapat sayalah, dan mungkin ada di kalangan awak tak setuju dengan pendapat saya...

Jaa nee... 


2 comments:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧