Tuesday, December 22, 2015

Filem Sayang Anakku Sayang

Assalamualaikum wbt..

 

Haa..Sapa ingat filem nie..? Tajuknya Sayang Anakku Sayang, diterbitkan pada tahun 1976, tapi saya dapat tengok filem nie pada tahun 1989, umur masa tue 7 tahun..

Filem nie mengisahkan sepasang suami isteri lakonan Zulkifli Zain dan Noor Azizah berusaha untuk membesarkan tiga orang anak dan disusuli dengan dua orang anak lagi.. Tapi dengan takdir Allah, 5 beradik ini kehilangan ibu bapa dan mereka tinggal dengan sepasang suami isteri yang telah tua... Tapi dek kesempitan hidup mereka berlima terpaksa berpisah dan diambil oleh keluarga angkat.. 

Aziz M. Osman selaku abang dan anak sulung terpaksa melakukan pengorbanan dengan memberikan tiga orang adik2nya kepada keluarga angkat tapi kerana mengingatkan janji arwah ibunya supaya menjaga adik2, akhirnya Aziz mengambil balik adik2nya daripada keluarga angkat dan berjanji akan menjaga mereka sehingga akhir hayat...

Dalam kekalutan dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memaksa mereka berpisah, datanglah penyelamat mereka iaitu Aziz Jaafar yang merupakan majikan arwah ayahnya dan dia bersedia mengambil 5 beradik sekaligus untuk dijadikan anak angkat. Aziz Jaafar terhutang budi pada arwah ayah Aziz kerana telah menyelamatkan dia daripada terkena hempapan kayu balak hingga mengorbankan arwah ayah Aziz... 

Kisah nie memang sedih sangatkerana bila tiba part 5 beradik berpisah, masa tue memang banjirlah rumah sekejap sampaikan adik bertanya, napa akak menangis..? hihi walaupun masa tue umur saya baru 7 tahun tapi saya dapat rasakan kesedihan 5 beradik tue..

Awak pulak pernah tengok tak filem nie..? 


1 comment:

  1. tak pernah tengok.....tak lahir lagi masa tu...^_^!

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧