MENCARI REDHA ILAHI

Friday, December 18, 2015


Assalamualaikum wbt...
Terkadang kita lupa apakah tujuan sebenar hidup kita ini dan di manakah akan berakhirnya hidup kita ini. Semakin hari semakin jauh kita dari Allah swt dan tidak kurang juga mereka yang bergerak mencari Allah, mendekat kepada NYA. Hal ini semua berlaku kerana kita hanya hamba Allah yang semuanya sedang di uji dengan keseronokan dunia. Hanya segelintir yang menyedari dirinya sebagai hamba akan berusaha untuk merubah diri menjadi hamba yang terbaik.

Namun, apakah tujuan sebenar kita di hidupkan? Kadang-kadang saya terlupa, apakah tujuan hidup ini terutamanya apabila di uji dengan kesedihan, kekecewaan. Kadang-kadang saya merasa ingin berputus asa dan tertanya-tanya, kenapa ‘Ya Allah, Engkau duga kan aku sebegini?’. Adakalanya, saya termenung sejenak, memikirkan tentang hidup saya yang adakalanya bahagia dan adakalanya kecewa. Dari kehidupan ini, ada sesuatu yang saya belajar iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah dalam setiap apa yang saya lakukan. 

Apabila kita inginkan redha Allah, yang paling utamanya, haruslah kita redha dengan apa yang Allah berikan pada kita. Memang terlalu sukar untuk kita redha dengan apa yang berlaku terutamanya apabila melibatkan perasaan kecewa, sedih dan pelbagai lagi yang negative ini. Saya juga pernah melalui situasi ini. Kadang-kadang terasa perit. Namun, ada satu perkara yang harus kita persiapkan agar diri kita ini mampu untuk redha dengan apa yang berlaku. Apa dia?

Jawabnya adalah, percaya kepada Allah SWT. Inilah perkara yang paling penting yang harus kita pupuk dalam diri kita. Jika bersedih, percayalah pada Allah yang di setiap kesedihan itu pasti akan di sertakan dengan kebahagiaan dan di setiap kesulitan pasti akan di sertakan dengan kemudahan.

  Perkara ini harus untuk kita aturkan dengan rapi dalam pemikiran kita dan juga sanubari. Agar kita mampu untuk sentiasa redha dengan setiap kurniaan Allah.
Aturkan lah setiap langkah kita itu dengan baik. Pastikan setiap tingkah kita itu adalah hanya untuk mendapatkan redha Allah. Niat lah begitu dalam hati kita. Apabila tersematnya niat sebegitu, Insha Allah apa sahaja yang berlaku sama ada baik atau buruk, kita masih lagi punyai rasa ketenangan dalam melaluinya. Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Ramau yang lupa tentang hal ini termasuklah diri saya juga yang terkadang lupa. Namun, renunglah sejenak, ingatkan kembali pada diri kita tentang kehidupan ini hanyalah sementara. Seronoknya tidak berkekalan. Yang penting, berusahalah menjadi hamba yang terbaik. 

Walaupun pernah kita melakukan dosa penuh se isi bumi ini, peluang untuk menjadi yang terbaik itu selalu ada. Marilah kita berubah dan sentiasa bergerak mencari redha Allah. Kerana itu lah tujuan utama hidup ini. 

Bergeraklah kita, mencari redha Ilahi.

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧