Wednesday, February 03, 2016

Dah masuk bulan Februari..!

 

 Bulan nie saja ada dua minggu berturut-turut takde Monday blues kan.. dan minggu depan kita akan bercuti lagi iaitu cuti tahun baru cina.., dan saya pun akan bercuti jugak, seminggu.. amboiii cik Shikin nie mengalahkan orang cina pulak bercuti.. hihi.. 

Sebabnya secara kebetulan hubby dapat cuti dua minggu sempena tahun baru cina, dan hubby kata tak best balik kampung di Kuala Terengganu dengan tempoh cuti yang singkat.. 

Tadi pun saya dah apply cuti rehat untuk minggu depan dan yang pastinya Cik Pah kita berasa seronok sebab  anak-anaknya balik rumah.. Minggu depan ustazah (panggilan adik keempat) akan bercuti jugak memandangkan sekolah bercuti seminggu.. 

Well, kerja di opis nie pulak, kami baru saja selesai membuat 5s di library dan sekarang nie cuma tunggu masa saja untuk diaudit, tapi masih banyak bahagian/unit yang lain belum siap dikemaskan.. Oh ya, baru2 nie jugak saya mengedit semula blog library yang baru yang mungkin lebih kemas kot dan ketua unit saya sukakan perubahan blog baru kami..

Macam nak pecah kepala dibuatnya bila mengedit semula blog, yealah kita nie tak pandai sangat tentang yang guna kode html tue, cuma try and error saja... dan itulah hasilnya, kalu awak suma ada masa, sudi2kanlah jenguk blog library kami nie yea... 

Dan maafkan saya kepada awak suma kerana tak dapat nak blogwalking, insha allah ada masa saya akan singgah di rumah-rumah awak yea..

Jaa nee..


3 comments:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧