Thursday, February 11, 2016

#zikirpagi


Satu DOA yang sangat baik untuk kita sentiasa amalkan, yang mana doa ini adalah merupakan doa yang sering dipohon oleh Nabi salallahualaihi wasalam. 

Walaupun Rasulullah Salallahualaihi Wasalam seorang insan yg dikatakan sebagai kekasih Allah dan juga merupakan seorang Rasul , namun baginda adalah manusia biasa yang mana meskipun beliau di perlihara oleh Allah SWT, baginda salallahualaihi wasalam tetap SENTIASA memohon kepada Allah SWT agar hatinya terpelihara dari perasaan2 yang juga sering dirasai oleh insan2 lain seperti duka/keluh kesah , lemah dan malas,  bakhil, penakut, hutang yang membebankan serta penindasan orang yg memusuhinya. 

Doa ini SOHEH, diriwayatkan oleh Imam Abu Daud yg terdapat di dalam kitab solat bab Penjelasan tentang istiadzah.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
"Allahumma inni a'uudzubika minal hammi wal hazan, wa 'auudzubika minal 'ajzi wal kasal, wa a'udzubika minal jubni wal bukhl, wa 'auudzubika min gholabatid daini wa qohrir rijaal"
"Ya Allah , aku berlindung kepada Mu dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah dalam kemalasan , dari sifat pengecut dan bakhil dari bebanan hutang dan penindasan manusia"

1 comment:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧