Thursday, April 07, 2016

Akhirnya dapat jugak beli...

 

Al-hamdulillah akhirnya barang yang saya pesan melalui Lazada selamat sampai di opis pada petang tadi.. ceritanya macam nie...

Pada 30hb yang lalu, saya order keyboard + mouse wireless yang berharga cuma RM68 + postage RM1.90 jea... So barang tue sepatutnya sampai pada 4hb baru-baru nie tapi ada berlaku salah faham menyebabkan barang tue sampai pada hari nie...

Sebenarnya, laptop saya mengalami kerosakan pada screen, menjadi berbalam-balam, nak repair tokey kedai cakap baik saya beli yang baru memandangkan laptop saya nie jenis acer lama, nak repair makan banyak duit, malah kosnya lebih mahal daripada screen acer jenis baru..nasib baik laptop saya boleh disambungkan pada tv, tapi yang menjadi masalah besar adalah tv saya nie terlekat pada dinding dan kedudukannya amat tinggi sehingga terpaksa mendongak kepala jika nak menaip... 

Dah lama sebenarnya saya ingin membeli keyboard wireless tapi harga di area Nilai dan Putrajaya terlalu mahal, nak pergi ke Low Yatt jauh sekali.. Secara tak sengaja saya cuba mencari keyboard dalam Lazada dan akhirnya bertemu dengan keyboard yang agak murah sikit... Sebenarnya kalu ikutkan harganya cuma RM65 jea tapi biasalah GST punya pasal jadilah RM68.. 

http://my-live-03.slatic.net/p/logitech-wireless-combo-mk220-1282-5615423-1-catalog.jpgInilah rupa keyboard + mouse wireless tue, jenamanya Logitech, rasanya jenama nie agak mahal di pasaran, sebab Lazada nie kan ada less harga... Kalu harganya yang sebenar adalah RM100++...  Cute kan..

Jadi saya tak payah nak bawak balik laptop opis, yealah rasa tak sedap hati pulak bila asyik bawak balik laptop opis sebabnya laptop opis tue kan harta kerajaan, tak boleh buat sesuka hati... 

Insha Allah jika ada lebihan rezeki, netbook yang baru menjadi idaman saya... Setakat nie saya berpuas hati dengan perkhidmatan Lazada walaupun berlaku sikit salah faham dari segi tarikh penghantaran... Oh ya! lupa nak cakap, yang bagusnya Lazada nie, ada sesetengah barang boleh COD (Cash On Delivery) dan ini termasuklah keyboard saya nie... ..

Jaa nee.. Oyasumi minna-san...

 

3 comments:

  1. syoknyaa,senang nak menaip bila bila :D

    ReplyDelete
  2. lazada mmng banyak barang hi-tech yg murah2 & berkualiti!

    ReplyDelete
  3. bestnya..saya tak pernah beli lagi di lazada

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧