Friday, May 06, 2016

Wahh dah bersarang labah-labah...!


Assalamualaikum wbt
  
Wahhh.. lama betul saya tak kemaskini jurnal nie.. gomennasai minna-san.. sejak dua menjak nie memang saya sibuk sikit, maklumalah kat opis tue, selagi JBPM tak dapat persijilan 5S, selagi tue la tak senang duduk kami dibuatnya Banyak kerja yang perlu diselesaikan

Well, cuti baru2 nie awak suma pergi ke mana..? mesti ada yang balik kampung atau pergi bercuti bersama keluarga.. hihi saya pun tak terkecuali jugak dan kali nie saya balik ke kampung suami di Sungkai, Perak And you know something, finally saya dapat jejakkan kaki ke Sungai Klah Hot Spring huhuhu suami saya nie nama aje penduduk Sungai Klah tapi sehingga ke hari yang dapat jejak kaki tue, sekali pun tak pernah diajaknya pergi, atas alasan ramai orang di sana huhuhu.. 



And saya rasa seronok sangat pergi ke sana, apatah lagi saya nie jenis suka main air, hihihi tapi segan nak meluncur gelongsur air sebab ramai budak2.. Kalu ikut kadar sebenar tiket masuk ke hot spring, untuk dewasa kadar RM 15 dikenakan manakala kanak2 pula dikenakan sebanyak RM 12..Untuk warga emas pulak diberi harga caj masuk adalah RM 8 manakala untuk OKU pulak diberi harga tiket RM 5, tapi oleh kerana suami orang tempatan, kami hanya dikenakan sebanyak RM 8 jea sorang.. Setelah diberi dan dipakaikan tag gelang, kami pun masuk ke dalam hot spring dengan menaiki trem.. Dan kalu awak nak letak barang-barang berharga, kat situ ada disediakan loker dengan dengan 1 token bersamaan RM 3... Biasalah pada waktu cuti nie, memang ramai orang terutama yang mempunyai anak2 kecik datang ke situ untuk bersuka ria.. Kami pergi ke kolam sejuk dulu untuk berendam tapi baru 20 minit berendam, tiba2 hujan turun dengan kelajuan sederhana hihi masa tue kan rasa macam citer Hindustan plak bila berada dalam hujan Sementara menunggu hujan berhenti, kami sempat berendam kaki dalam kolam air panas bersuhu 40˚C - 45˚C, rasa seronok sangat walaupun kaki terasa sakit bila berendam dalam kolam air panas kerana masa tue hanya kami berdua saja yang sanggup berendam kaki kat situ.. Pada mulanya ada dua orang pakcik datang untuk join sekali tapi tak sampai 10 saat mereka angkat kaki kerana tak tahan pada suhu air tue

 


 

Setelah berendam kaki di kolam air panas, kami sempat singgah ke tempat merebus telur, masa tue makk aihhh mahal giler telur mentah yang dijual.. untuk pengetahuan awak, kalu nak merebus telur, awak tak boleh sama sekali membawa telur mentah daripada luar, ini bermakna awak perlu membeli telur mentah di dalam hot spring tue dengan kadar harga yang mencekik darah, iaitu dalam satu bekas mengandungi 6 biji telur, kicap (tak tahu jenama, rasa macam kicap cair jea) bersamaan RM 5 sebekas Suami saya membeli dua bekas dengan harga RM 10 Masa tue memang berebut la nak merebus telur disebabkan ramai jugak pengunjung di situ Mesti awak heran kan napa nak merebus telur di situ sedangkan kat rumah kita jugak boleh merebus telur Sebenarnya bila awak merebus telur dengan air panas semulajadi awak akan rasa kelainan pada rasa, macam berlemak sikit dan takde bau hanyir telur Itulah pengalaman saya semasa berada di Hot Spring Sungai Klah, Cuma saya tak berkesempatan untuk makan nasi buluh jea lagi sebab suami saya kata rasanya biasa jea, dia masak lagi sedap, (hehehehe) Nantilah saya review pasal nasi buluh pulak kalu saya dapat peluang untuk makan di situ.. Saya balik ke Sepang sorang diri dengan memandu kereta kesayangan kerana suami kerja di sana.. Oleh kerana saya dah biasa balik pada waktu malam jadi tak terasa penat sangat walaupun saya sampai di rumah pada pukul 3.15 pagi hari Selasa Biasalah rakyat Malaysia kan suka balik ke destinasi mereka di waktu akhir cuti, hadaplah jemmed

 
Pengalaman yang paling manis adalah masa pergi hot spring tue la, berendam kaki di kolam air panas dengan suasana hujan turun dengan renyai2, macam tergiang2 di telinga lagu kuch kuch hota hai plak time tue hihihi yealah pergi berdua saja tanpa ditemani oleh ahli keluarga yang lain, rasa macam pergi honeymoon pun yea jugak.. suami saya cakap, hot spring Sungai Klah sekarang dibuka sampai waktu malam, tapi hanya pada kolam air panas jea la.. Kalu awak nak merasai mandi wap semulajadi, memang tak rugi jika datang ke sini Rasa hilang suma tekanan kerja bila berendam dalam kolam tersebut, kalu ada budak2 lagi seronok mereka Oh ya, kolam sejuk tue terbahagi kepada dua bahagian iaitu kolam jenis rendah dengan ketinggian, 1.5 kaki, sesuai untuk budak2 dan satu lagi untuk dewasa dengan ketinggian 4.5 kaki walaupun mempunyai dua bahagian tapi kolam dia besar sangat dan tak Nampak padat dengan kehadiran manusia

*Gambar-gambar tersebut adalah sumber daripada Encik Google sebab masa tue kami memang cuma target nak mandi kolam..hihi...
Itulah citer serba sikit tentang kehidupan saya Jaa nee.. 

1 comment:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧