Wednesday, June 29, 2016

Al-Hamdulillah... Syukur...

Assalamualaikum wbt…

Syukur Al-Hamdulillah, segala perancangan JBPM untuk mendapat persijilan Amalan Berkualiti 5S telah berjaya.. Dan berakhirlah sudah penderitaan kami semua..hihihi deritalah sangat kan.. Apapun, bermula pada hari nie, perasaan lega dan tenang telah kembali menguasai diri sekarang..

Okey, sekarang nie dah mood nak beraya pulak kan.. Tentu ada di kalangan kita dah mula bercuti raya, atau akan mula bercuti pada hari Jumaat nie.. Jalan highway akan menjadi penuh kesesakan yang luar biasa dan semoga perjalanan kita selamat sampai di destinasi masing-masing.. Saya..? huhuhu saya akan mula bercuti pada hari Selasa depan, disebabkan si bongsu mendapat cuti selepas raya, dan kami balik bersama2 memandangkan tahun nie giliran anak Terengganu pulak beraya.. Hubby saya pun sebenarnya excited lebih disebabkan kali pertama dia beraya di perantauan, jauh daripada rumahnya sendiri… hihi nak buat camne kan, mesti kena ikut giliran untuk beraya, baru sama adil dan saksama, asalkan ada kesepakatan dalam memberi keputusan… Kami akan balik ke Salak Tinggi pada hari raya keempat nanti sebabnya hubby dah start keja pada hari Ahad tue.. Ralat memanglah ralat sebab terasa singkat betul cuti raya tapi nak buat camne kan sebab dia keluar mencari rezeki untuk keluarga kami…

Awak tau untuk kali pertama opis saya nie takde buat hiasan raya seperti tahun2 sudah sebab baru semalam kami menghadapi final audit daripada MPC .. library sendiri pun takde buat hiasan raya, sebab masing2 dah lupa kat mana kitorang letak perhiasan beraya tue, gara2 amalan 5S punya pasal…

Nak beli yang baru, rasa rugi pulak sebab hari nie dah hari Rabu, dan dalam minggu nie saja staf JBPM masih bekerja… Start minggu depan, pasti situasi dalam opis nie senyap dan sunyi, mungkin ada bunyi seperti nie..

Krikk..krikk..krikk…

Hahaha betul kan..! Sebelum Ramadhan melabuhkan tirai, marilah kita sama2 mengejar Malam Lailatul Qadar agar kita mendapat keberkatan ibadah kita… Walaupun pada hakikatnya masjid2 kini telah berkurangan bilangan jemaah di minggu2 terakhir puasa, tapi saya percaya yang kita semua masing2 sibuk mengejar Malam Lailatul Qadar… Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kita semua…Dan awak suma jangan lupa untuk tunaikan kewajipan kita, iaitu tunaikan zakat dan bantulah pada golongan yang lebih memerlukan bantuan kita... Semoga dengan bantuan kita akan meringankan bebanan mereka dalam menghadapi kehidupan di bumi Allah nie...

Pada sahabat maya saya, terima kasih saya ucapkan kerana awak suma masih sudi baca jurnal saya yang dah mula malap, dek kesibukan bekerja.. Insha Allah, lepas raya nanti jika saya ada kelapangan masa, saya akan singgah dan ketuk pintu ‘rumah’ awak suma yea.. Dan terima kasih  pada sahabat2 yang baru menjadi sahabat maya saya, Insha Allah, di lain masa kita akan bersua lagi…

Oh ya..! Sebelum terlupa, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin kepada semua sahabat2.. Mana2 sahabat yang nak balik kampung tue, hati2 semasa memandu, dan pastikan rumah tinggalan kita tue berada dalam keadaan selamat, lagi selamat jika awak buat laporan bertulis pada polis tentang ketiadaan awak di rumah kerana beraya di kampung…

Jaa nee.. 

1 comment:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧