Thursday, June 30, 2016

Renungan agama...



Assalamualaikum wbt
Bayangkan
Kita ada anak kecil
Umur 3 tahun
Satu hari
Kita tengah masak di dapur
Si anak ternampak pisau
Merengek-rengek dia menangis
Nakkan pisau jadi mainan
Agak-agak kita bagi tak?
Tentulah tidak kan..
Adakah ini tandanya kita tak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan
Walaupun di mata anak
Pisau itu ‘menyeronokkan’
Tapi kita lebih tahu
Anak tidak tahu
Begitu juga kita dengan Allah
Kita ‘merengek’ nakkan sesuatu
Tetapi Allah tidak izinkan
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah
Kemahuan kita tidak diturutkan
Malah diganti dengan yang lebih baik
Tapi tidak pada pengetahuan Allah
Allah lebih Maha Mengetahui,
Kita tidak tahu
Mari bertasbih, tahmid dan takbir mengagungkan Allah SWT.


Jika tiada rezeki anak
Mungkin diberikan rezeki mertua yang baik
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang nakal / liar


Jika tiada rezeki wang ringgit
Mungkin diberikan rezeki kesihatan yang baik
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia



Jika tiada rezeki kereta mewah
Mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal


Jika tiada rezeki rumah yang besar
Mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak putus
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan


Jika tiada rezeki pasangan yang cantik
Mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala


Jika tiada rezeki jodoh
Mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua


Jika tiada rezeki pada hari ini
Mungkin ada rezeki yang lebih baik pada hari esok
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka


Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakkal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil



Pinjam 1 minit, baca ayat ini
Hasbi Rabbi Jalalllah, Mafi Qalbi Ghairullah,
Nur Muhammad Salallah, La Ila Ha Illallah”

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧