Review : Master Of Study (2010)

Thursday, July 14, 2016

Assalamualaikum wbt..
Saya mintak maaf pada awak yang tak jemu-jemu baca jurnal saya yang tak seberapa nie dan pada yang dah singgah dan tinggalkan nota untuk saya, Alhamdulillah, saya berkesempatan singgah atau blogwalking... 

Rasanya lama jugak kot saya tak blogwalking dengan sahabat2 saya nie, tapi Insha Allah, ada kesempatan saya akan jelajah kesemua blog yang ada dalam listing saya...

So, di malam yang sepi nie, saya nak citer sikit pasal drama Korea yang saya tonton berulang kali.. Tajuknya adalah Master Of Study @ God Of Study... KIsahnya seorang peguam telah diberi tugasan untuk membantu sebuah sekolah yang telah hampir muflis dan kebanyakan pelajar2nya terdiri daripada golongan orang2 kaya dan keluarga bermasalah.. Pelajar2 di sekolah nie memang takde rasa minat untuk belajar dan peguam terbabit iaitu Kang Seok Ho telah memberi syarat kepada pengerusi sekolah iaitu Han Soo Jung untuk membawa 5 orang pelajar masuk ke universiti terkemuka di Korea.. Peguam nie dibantu oleh seorang guru Inggeris bernama Jang Ma Ri dan mereka telah melatih lima orang pelajar iaitu Hwang Baek Hyun, Oh Bong Goo, Na Hyun Jung, Hong Chan Doo Dan Kil Pool Ip dengan kaedah pembelajaran secara drastik.. Pada mulanya prestasi lima pelajar ini kurang memberangsangkan sehinggalah Kang Seok Ho membawa 4 orang guru yang bukan daripada sekolah itu.. Mereka semuanya adalah pakar dalam bidang masing-masing seperti pakar ilmu matematik, pakar bahasa korea, pakar bahasa Inggeris dan pakar ilmu sains dan kaedah pengajaran mereka berbeza daripada guru2 yang sedia ada.. Dengan kesungguhan pelajar2 ini, mereka telah berjaya memasuki universiti terbabit.. 

Drama nie walaupun ada terselit kisah cinta monyet pelajar tetapi motif utama drama ini diterbitkan adalah kita perlu buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan jangan putus asa dalam apa jua cabaran hidup. drama nie bukanlah 100% genre serius, ada jugak elemen kelakar, sedih, gembira dan sayu dalam drama nie..

Napa saya cakap sayu? sebab di akhir drama nie, peguam ini kembali dalam bidang yang telah diceburi iaitu bidang guaman dan pelajar2 ini sentiasa mengingati beliau walaupun mereka sudah menjejakkan kaki di menara gading.. Drama nie mengajar kita agar sentiasa menghormati guru yang telah menjadikan kita seorang manusia yang berguna pada masyarakat, bangsa dan negara selain daripada ibu bapa kita sendiri.. 

kalu awak nak tengok drama nie, awak boleh tengok di youtube dan taip aje nama drama nie...

Jaa nee... 








6 comments

  1. Hai.. Kite pon baru berkesempatan ni nak singgah, hehe

    ReplyDelete
  2. tengok x drama Doctors? Best,,hehe

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, selamat pagi semua..

    Athirah Zain : hehehe akak tak tengok pun citer doctors sebab kat rumah dah tak pakai astro.. =)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧