Thursday, December 15, 2016

Kembali minum set kesuburan Al-Khishbun...

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah yang cantik dan indah nie.. Hari nie saya nak kongsi sikit tentang supplemen yang saya amalkan sejak beberapa tahun yang lepas, lepas tue berhenti ambik supplemen nie sekejap, dan kini saya kembali mengambil supplemen nie...

Awak penah dengar nama susu kambing Al-Khishbun? kalau ada yang belum penah atau tengok produk nie, ini adalah produk untuk kesuburan wanita dan lelaki.. 


SK Al-Khishbun RM60
Hulba Al-Khishbun RM50

Produk ini lebih dikenali sebagai set kesuburan Al-Khishbun mengandungi dua jenis iaitu Susu Kambing (SK) Al-Khishbun dan Hulba Al-Khishbun...

SK Al Khishbun merupakan gabungan istimewa Susu Kambing, ekstrak stevia sebagai pemanis 100% semulajadi, biji Habbatus Sauda (Syria) yang merupakan spesis bijirin terbaik yang telah dipanggang. Ketiga-tiga bahan menjadi ramuan unggul kerana mepunyai sifat alkali yang tinggi dalam badan. Kehebatan SK Al Khishbun terletak pada ramuan rahsia herba-herba kesuburan dari Tanah Arab yang pernah terkandung di dalam buku Ilmu Perubatan Sufi. Mengandungi serbuk bunga kurma yang dahulunya digunakan sebagai herba penambah hormon dan mengentalkan sperma. SK bertindak untuk menyuburkan rahim. 1 botol untuk 1 bulan penggunaan. Cara minum adalah 2 skop setiap hari, 1 skop untuk pagi sebelum sarapan, dan 1 skop lagi untuk malam, sejam sebelum tidur dan kena bancuh dengan air suam saja..


Hulba Al Khishbun menggabungkan 7 jenis herba-herba dari Tanah Arab yang bertindak untuk menbersihkan rahim dan organ dalaman akibat dari keguguran, pembedahan, darah haid yang tidak lancar, senggugut yang teruk dan pelbagai lagi masalah rahim yang menjadi punca kepada kesukaran mendapatkan zuriat. Proses membersihkan rahim ini sangat penting dalam memastikan kondisi rahim telah bersedia untuk persenyawaan. 1 botol untuk 3 bulan penggunaan. Cara pengambilan untuk Hulba Al-Khishbun nie adalah 1/2 sudu kecik dimakan bersama buah kurma atau madu, makan sebelum waktu tengahari atau waktu Dhuha.. Selalunya saya makan dengan 2 biji buah kurma, letak serbuk hulba di dalam buah kurma, kemudian gentel menjadi bulat, buat macam bentuk makjun dan makan...Alhamdulillah, walaupun serbuk hulba nie mempunyai rasa seperti jamu yang lain, tapi dengan kuasa Allah, saya takde mengalami (zero situation) tonsil pada tekak...


Gabungan ini membantu merangsang rahim, memanaskan organ pembiakan dan mengukuhkan tenaga dalaman. Herba Campuran Arab ini biasanya menjadi amalan para remaja Arab yang akan berumahtangga. Menjaga keseimbangan dan normal tubuh serta membaiki saraf kelamin dan serta memulihkan tenaga batin.


Saya memang mempunyai masalah senggugut yang amat teruk sejak remaja lagi dan kalau awak nak tahu, macam-macam cara saya dah buat, daripada makan jamu, minum air akar kayu dan makan supplemen yang lain untuk mengurangkan rasa sakit senggugut nie sampaikan bila terlalu banyak saya makan pelbagai jamu, kini saya tak boleh dah makan sebarang jamu sebab menyebabkan tonsil pada tekak saya... Pada yang penah mengalami sakit senggugut mesti dapat rasa apa yang saya rasa... Sakit saya berlanjutan sehingga saya berkawin dan pada tahun 2012 saya secara tak sengaja menemui produk nie dalam internet.. Atas rasa nak mencuba untuk kesuburan dan kehamilan, saya pun beli untuk set nie, tapi masa tue, Hulba Al-Khishbun belum dijual lagi, jadi saya hanya minum SK Al-Khishbun... Alhamdulillah, setelah 2 botol, senggugut saya hilang sikit demi sikit dan kini saya langsung tak mengalami senggugut tue... 

Walaupun ada ketika sakit senggugut tue datang masa saya stop penggunaannya, tapi takdelah rasa sakit semasa saya remaja dulu, sampai muka jadi pucat lesi seolah2 takde darah mengalir... 

Selain itu, ada jugak produk SK yang lain seperti Cafe Al-Khishbun, Soy Al-Khishbun, Cafe As-Syifa dan SK Ar-Rayyan...



CAFE AL-KHISHBUN
Cafe Al-Khishbun RM60

Formulasi CAFÉ AL-KHISHBUN adalah resepi Pemakanan Kesihatan yang merupakan gabungan istimewa Kopi Arabicca dan herba-herba campuran dari Tanah Arab. Diperkaya dengan biji Habbatus Sauda (Syria) yang merupakan spesis terbaik dan dipanggang bersama dengan madu arab.
CAFÉ AL-KHISHBUN mengandungi serbuk bunga kurma 100% dari ladang kurma Madinah. Serbuk bunga kurma dahulunya digunakan sebagai herba penambah hormon dan mengentalkan sperma.
Gabungan ini membantu merangsang dan memanaskan organ pembiakan dan mengukuhkan tenaga dalaman. Herba Campuran Arab ini biasanya menjadi amalan para remaja Arab yang akan berumahtangga.
Menjaga keseimbangan dan normal tubuh serta membaiki saraf kelamin, memulihkan tenaga batin dan memekatkan air mani. Diperkaya dengan Herba Campuran Arab yang mampu berperanan dalam mengawal keseimbangan tubuh, meningkatkan sistem daya tahan tubuh untuk melawan penyakit dan memelihara sistem reproduksi lelaki.

SOY AL-KHISHBUN PLUS
Soy Al-Khishbun RM60
Soy Al-Khishbun Plus merupakan formula gabungan herba Arab yang pertama di Malaysia yang dibuat khusus untuk wanita. Soy Al-Khishbun Plus merupakan gabungan istimewa tepung kacang soya yang berkualiti tanpa kulit yang cukup terkenal dengan manfaat dan nutrisinya. 

Diperkaya dengan Bee Pollen Al-Dahabiyah yang merupakan serbuk sari bunga jantan yang mengandungi supplemen yang paling lengkap berbanding hasilan lebah yang lain dan berkhasiat dalam meningkatkan sistem kekebalan badan terhadap penyakit. 

Bapa Ilmu kedoktoran Hippocrates dahulu telah mengunakan bee pollen sebagai ubat untuk memerangi pelbagai penyakit. Bee Pollen telah menjadi penawar kepada 500 jenis penyakit sejak dari pemerintahan Egyptian, Roman dan Greek lagi. Dahulu ianya dikenali sebagai gelaran “Food of the Gods” kerana kehebatannya.

Resepi Rahsia Soy Al-Khishbun Plus yang mengandungi sumber kolagen paling lengkap bagi memperkuat dan meremajakan sel-sel tubuh dan awet muda. Diperkaya dengan serbuk Delima Taif yang mengandungi kandungan flavanoid dan kadar antioksida yang tinggi yang setara denga teh hijau dan menjadi simbol kecantikan dan kesuburan. 

Ratu Cleopatra dan Ratu Nefertiti (Ratu pada zaman purba) yang terkenal dengan kejelitaannya telah menggunakan Habbatus Sauda dan ramuan rahsia dari campuran herba timur tengah untuk menjaga, merawat dan mengekalkan kecantikan mereka.

Menjaga kelembapan dan meningkatkan metabolisma kulit dan mencegah kerosakan kulit akibat dari sinar UV serta menjaga keseimbangan dan normal tubuh serta melambatkan proses penuaan.

Bagi ibu yang baru melahirkan anak, Soy Al-Khishbun Plus terbukti dapat memperbanyakkan air susu badan sekaligus mengemaskan rahim dan organ dalaman wanita untuk kembali kepada kondisi asal. 

Di antara khasiat Soy Al-Khishbun Plus adalah:-
1. Memperkemaskan dan mengecutkan rahim
2. Membina dan membersihkan rahim (selepas bersalin haid)
3. Mengecut dan menyempitkan otot faraj
4. Menguatkan otot faraj dan sistem kemutan
5. Membantu mengatasi masalah senggugut dan rengat
6. Memperbetulkan perjalanan haid
7. Menghapuskan keputihan, gatal-gatal dan bau faraj
8. Memperkemaskan otot perut dan payudara
9. Membantu merawat luka bersalin dan pembedahan
10. Membuang angin dalam badan serta menghilangkan sebu perut
11. Menghilangkan sakit-sakit badan dan sendi
12. Menjadikan badan kembali langsing
13. Menambah kolagen dalam badan dan awet muda
14. Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah
15. Memulihara badan agar sihat, segar dan bertenaga

CAFE AS-SYIFA
Cafe As-Syifa RM60

Kehebatan Café As-Syifa’ ini terletak pada herba Bee Pollen Arab dan Helbal Campuran Arab. Bee Pollen Arab merupakan serbuk sari bunga jantan yang mengandungi supplemen yang paling lengkap berbanding hasilan lebah yang lain dan berkhasiat dalam meningkatkan sistem kekebalan badan terhadap penyakit. Ribuan Fitonutrien yang dijumpai di dalam Bee Pollen Arab ini mampu mempercepat proses penyembuhan setelah menjalani pembedahan dan rawatan. Bapa Ilmu kedoktoran Hippocrates dahulu telah mengunakan bee pollen sebagai ubat untuk memerangi pelbagai penyakit. 

Bee Pollen cukup terkenal dengan “natural energy booster” bagi para atlit di Rome kerana kandungan Vitamin B kompleks yang tinggi. Kajian juga menunjukkan bahawa Bee Pollen mengandung lebih 5,000 enzim dan co-enzim yang jauh lebih banyak berbanding makanan lain. Bee Pollen mengandungi sumber Vitamin PALING lengkap, sumber Protin setinggi 40%, 14 jenis fatty acids termasuk omega 3 dan 6, 11 karbohidrat, 28 mineral dan 18 rantaian asid amino. 

Kehadiran RNA dan DNA dalam Bee Pollen menjadikan ianya makanan terbaik untuk meningkatkan tahap IQ, tahap fokus dan tahap penyimpanan maklumat dalam otak. Amalan terbaik untuk mereka yang memerlukan tenaga tambahan dan para pelajar bagi meningkatkan tahap IQ mereka. Juga ke atas mereka yang mempunyai risiko jangkitan penyakit seperti kanser, jantung, diabetes, darah tinggi dan pelbagai penyakit akibat faktor usia yang semakin meningkat. 

Bee Pollen telah menjadi penawar kepada pelbagai penyakit sejak dari pemerintahan Egyptian, Roman dan Greek lagi. Dahulu ianya dikenali sebagai gelaran “Food of the Gods” kerana kehebatannya. Di antara kebaikan yang paling popular bagi Bee Pollen adalah seperti:-

Penambah Tenaga
Peningkatan Stamina
Meningkatan daya fikir dan tumpuan
Pengurangan Berat Badan
Alahan dan Alergik
Meningkatkan Antibodi badan
Asthma dan gangguan penafasan
Peningkatan sistem kekebalan tubuh terhadap penyakit
Menopause dan Anti Penuaan
Mempercepatkan proses penyembuhan selepas pembedahan/rawatan


SK AR-RAYYAN
SK Ar-Rayyan RM60
Merupakan ramuan yang diiktiraf sebagai bahan terulung dalam ilmu perubatan Islam. Susu Kambing yang diperkaya dengan estrak Habbatus Sauda yang telah dipanggang dan estrak Stevia sebagai pemanis 100% semulajadi dan tidak mudarat. Ketiga-tiga campuran ini adalah gabungan terbaik untuk kesihatan, kecantikan dan kecerdasan minda kerana ianya bersifat alkali. 

Mengandungi protein, vitamin, potassium, mineral dan zat besi lebih tinggi dan lebih cepat cerna berbanding susu lembu. SK Ar-Rayyan juga diperkaya dengan Bee Pollen Al-Dahabiyah dari Tanah Arab yang mampu menguatkan sistem imunisasi dalam badan untuk pesakit darah tinggi, lemah jantung, sakit sendi, diabetes, gout, asma dan batuk kering. 

Juga bersesuaian untuk mereka yang kurang susu badan atau baru menjalani pembedahan kerana bahan-bahan yang terdapat dalam SK Ar-Rayyan ini saling bekerjasama dalam memberi kesan holistic (holistic effect) dalam proses penyembuhan semulajadi. Ianya juga tinggi dengan Omega 3 dan 6 yang merupakan nutrisi yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan akal. Mampu mengembangkan sel otak serta sistem saraf bagi kecerdasan anak.

Di antara kelebihan lain SK Ar-Rayyan
1. Asthma dan gangguan penafasan
2. Peningkatan sistem kekebalan tubuh terhadap penyakit
3. Penderita diabetes, darah tinggi dan sakit jantung
4. Menurunkan frekuensi serangan migrain
5. Penderita Demam Denggi, Anemia, Thalasemia
6. Mengatasi sel kanser/tumor dan mengurangi efek kemoterapi
7. Membantu pertumbuhan tulang dan mencegah Osteoporosis
8. Berguna bagi pesakit gastrik dan stroke
9. Melembab dan mempercantikkan kulit
10. Kebas Kaki dan Tangan
11. Masalah Susah Buang Air Besar dan Buasir
12. Menambah susu badan
13. Peningkatan Stamina
14. Meningkatan daya fikir dan tumpuan
15. Pengurangan Berat Badan
16. Menopause dan Anti Penuaan
17. Mempercepatkan proses penyembuhan selepas pembedahan/rawatan

Okey, tue saja citer saya untuk hari nie.. Oh ya! hihihi promosi sikit, saya dah menjadi agen dropship untuk produk nie, kalau awak nak tau pasal produk nie, bolehlah wassap pada saya (019-9884032)







Jaa nee..

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧