Friday, July 01, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin



Assalamualaikum wbt..

Wahh..wahh…lagu-lagu raya sudah berkumandang di corong radio, tv dan di dalam opis… hari nie adalah hari terakhir bagi mereka yang akan mula bercuti pada hari Isnin ini.. Dan jalan-jalan highway akan kembali sesak menjelang tengahari ini sehingga Ahad..

Ahakss..Dah macam pembaca berita yang tak bertauliah pulak… Hari nie pun rasanya masing-masing dah terbayang-bayang kampung halaman masing-masing,kan.. Pada awak suma yang nak mula balik kampung hari nie, saya ucapkan selamat memandu dan selamat pergi dan balik ke destinasi yang dituju.. Semoga Allah akan melindungi kita semua dari segala marabahaya.. Saya jugak kena kerja pada hari Isnin depan..huk..huk.. sedih tapi takdelah sampai berteriak, saya, hubby dan adik bongsu akan balik ke Kay Tee pada malam raya nanti.. Sebabnya…? Si bongsu tue dapat cuti selepas raya, awal-awal puasa dulu tak sempat nak beli tiket bas dan flight, jadi nasib baik kakak sulung dia ada bersama.. Adik keempat saya mungkin akan balik pada selepas solat Jumaat nanti…



Di kesempatan ini, saya dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin, kami memohon ampun dan maaf pada semua ahli keluarga, sahabat yang mengenali kami, sahabat maya yang walaupun belum pernah bersua tapi selalu bagi nota jurnal saya…

Hati-hati semasa balik ke destinasi yang dituju, kelajuan yang melampau akan membunuh semua impian pada orang yang menunggu kita… Kami mendoakan keselamatan awak suma…

Awak jangan tanya pada saya apa tema warna untuk tahun nie? sebab kami berdua belum berkesempatan nak beli baju raya lagi, Insha Allah pada hari esok mungkin kami akan ke Nilai 3 untuk mencari baju raya dan kami masih belum tetapkan apakah tema warna kami.. 

Jaa nee…

1 comment:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧