Friday, September 02, 2016

Kerja part time saya.. Part 2

Assalamualaikum wbt..
Image result for cute pngOhayo gozaimasu, minna-san, Selamat pagi di hari Jumaat yang dimuliakan.. Okey, pagi2 nie nak warm-up dulu dengan sambungan kisah semalam, hehehe macam poyo jea kan.. 

Errmmm.. Sampai mana dah semalam..? Oh ya! Setelah saya buat solat istikharah dan berfikir panjang, saya teruskan niat saya untuk berbakti pada masyarakat.. Dan kalu bukan izin daripada Allah serta dorongan dari family dan rakan2, tak mungkin saya akan bertahan sehingga sekarang.. 


Urut terapi buang angin bagi wanita Muslimah

Tapi, ada satu perasaan ragu2 dan tak berapa yakin datang menjalar di pelusuk jiwa.. Masakan tak, saya nie dikategorikan jenis pemalu dan tak berapa pandai nak mulakan perbualan, sehingga orang menyangka saya nie jenis sombong.. Puas saya mencari idea dan berlatih di depan cermin, memikirkan camne nak berkomunikasi dengan  pelanggan.. Berlatih punya berlatih, last2 saya bertawakkal saja, dan Alhamdulillah, kini saya dapat berkomunikasi dengan pelanggan dengan lebih baik.. hehehe walhal saya berhadapan dengan pelanggan setiap hari bekerja, yealah saya nie kan seorang pembantu pustakawan yang tentu2nya duduk di kaunter perkhidmatan, mesti lah ramai pelanggan yang datang ke library atas urusan kerja masing2 kan.. 

Lepas tue, datang pulak pemikiran camne nak tarik pelanggan agar mencari kita untuk perkhidmatan nie.. Awak tentu perasan pada banner iklan saya tue kan..? Agak2nya apa yea..? Yea betul caj perkhidmatan.. Ramai jugak yang bertanya kenapa caj perkhidmatan saya tue agak murah jika dibandingkan dengan caj perkhidmatan urut terapi yang lain..? Jawapan saya adalah, strategi pemasaran... Yealah, jika saya letak caj dengan harga yang tinggi, dah tentu orang taknak guna perkhidmatan saya, betul tak..? Dan Alhamdulillah walaupun caj saya nie boleh dikatakan murah, rezeki yang Allah berikan pada saya berlimpah ruah.. Tapi sebenarnya saya tanamkan niat di hati untuk menolong pada sesiapa yang dalam kesusahan lebih2 lagi jika mereka mempunyai masalah angin dalam badan menyebabkan mereka menjadi lesu dan tak bermaya... Dan salah satu sebab saya letakkan caj yang murah adalah saya tak begitu untuk kejarkan harta dunia, sebaliknya saya sedang cuba mengumpul harta akhirat.. 

Kalu bercerita tentang urut, tentu awak tertanya2 apakah jenis minyak urut saya pakai semasa buat urutan terapi, kan..? Inilah minyaknya, saya gunakan Sunflower Massage Oil, sejenis minyak urut terapi yang mempunyai bau harum mewangi.. Hehe saya bukannya bidan yang pakai minyak kelapa dara, dicampur dengan lenyekkan bawang putih dan sedikit lada hitam, yang dipercayai oleh orang2 dulu untuk membuang angin.. Ramai jugak customer saya mencari-cari minyak nie, kalu awak nak tau, minyak nie ada khasiatnya.. Kalu awak mempunyai masalah kulit kering, minyak nie dapat membantu menyelesaikan masalah awak.. Macam customer saya yang mempunyai masalah kulit kering, minyak nie akan meresap di dalam kulit dengan lebih cepat dan saya akan menyapu semula minyak nie untuk meneruskan urutan.. Selagi minyak nie meresap di dalam kulit, selagi itulah saya akan menyapu minyak nie untuk elakkan customer berasa perit bila diurut... Camne nak dapatkan minyak nie..? Awak boleh jumpa di mana2 kedai farmasi dan pasaraya, kalu awak ke farmasi awak tanyalah pada ahli farmasi tentang massage oil, pasti mereka akan tunjukkan minyak nie pada awak.. Jika awak ke pasaraya, tak silap saya ianya dijual di bahagian kecantikan.. 

Image result for cute pngJadual perkhidmatan saya pulak bermula setiap hari tapi untuk hari Isnin sampai Jumaat, saya hanya buat perkhidmatan urut terapi pada waktu malam, bermula pada pukul 8.30 malam.. Untuk hari Sabtu dan Ahad, saya akan mulakan perkhidmatan saya pada waktu tengahari sampai malam, selalunya ada 3 sesi jea, iaitu sesi tengahari, sesi petang dan sesi malam.. 

Memang betul kata orang, jika kita memasang niat dengan betul, Insha Allah apa jua yang kita lakukan akan mendapat restu daripada Allah.. Tapi restu ummie dan abah pun diambik kira jugak.. Pada mulanya ummie dan abah saya menentang niat saya untuk memberi khidmat masyarakat, mereka khuatir jika ianya membawa kemudaratan pada saya, tapi saya menegaskan, jika Allah tak izinkan saya mengalami kesusahan, maka mereka tak perlu bimbang sangat.. Kata orang, jikalau urut buang angin nie selalunya akan dibalikkan pada tukang urut, tapi Alhamdulillah, setakat nie saya tak mengalami apa2 masalah dan sebab tue saya berani mencubanya.. Jikalau badan saya tak dapat menampung kesakitan, maka tak jadilah bisnes saya pada masa sekarang, betul tak...? Awak tau, pada mulanya niat saya hanyalah untuk menampung kehidupan saya yang kian mencabar, maklumlah masa tue duduk seorang diri tanpa ada peneman di sisi.. Tapi bila sudah kembali berdua, niat tue saya tukarkan kepada niat untuk membantu orang yang dalam kesakitan akibat angin dalam badan.. Alhamdulillah, setakat nie hubby masih membenarkan saya untuk memberi khidmat masyarakat, cuma pesannya satu saja, jaga nama baik suami isteri dan jaga batasan yang sepatutnya sebagai seorang isteri.. Selalunya sebelum saya ambik appointment dengan customer, saya akan call hubby dan bertanya sama ada boleh atau tak saya ambik appointment tersebut samada saya datang ke rumah customer atau customer datang ke rumah saya.. Bila dah dapat keizinan daripada hubby, saya teruskan dengan khidmat masyarakat nie.. 

Okey, dah tamat citer pasal kerja part time saya.. 

Jaa nee..



7 comments:

  1. great! sy nk cuba jgk la nnti.Bnyk angin neh =.='

    ReplyDelete
  2. Semoga niat murni awk sentiasa diberkati olehNya. Amin....

    ReplyDelete
  3. Semoga success! InsyaAllah kalau brkesmptan kita bleh jumpa 😊

    ReplyDelete
  4. wahhh...kak syikin ada bakat mengurut rupanya....hebat!

    ReplyDelete
  5. Nurzakiah Hanum : Terima kasih
    Mas : hehe boleh, nanti buatlah appointment
    CikLa Shahril : Amin,...Terima kasih CikLa
    Ayunie Ramli : Insha Allah
    Rubiah Kadir : Alhamdulillah, kurniaan daripada Allah..

    ReplyDelete
  6. Nice sis. Smoga Allah mmberkati anda.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧