Wednesday, September 07, 2016

Rasa stres sangat bila dah buntu nak masak apa..

Assalamualaikum wbt..
Image result for cooking png
Mesti kebanyakan dari kita ada berperasaan sebegini, kan.., rasa stres sangat bila kita buntu nak masak apa untuk hari nie dan seterusnya, rasa sakit kepala berpusing-pusing bila memikirkan sarapan pagi, makanan tengahari dan makanan malam untuk keluarga kita.. 

Yealah, kita kena fikirkan masakan yang seimbang untuk keluarga kita, barulah orang akan cakap yang keluarga kita mempunyai gaya pemakanan yang sihat..

Tapi, kita kena fikir jugak sebab setiap orang mempunyai citarasa dan selera makanan yang berbeza, ada yang suka pada masakan pedas, ada yang tak suka pedas, yang kurang pakai santan, yang suka pakai ajinomoto...ishhh.. banyak lagi la.. 

Tue belum lagi tentang selera anak-anak kita... Ada yang suka makan nasi tapi tak suka sayur, ada yang suka makaroni tapi pedas..Ishh.. pening la... 

Walaupun saya masih belum diberi rezeki oleh Allah dengan kehadiran cahayamata tapi rasa stres tue tetap ada takala bila hubby balik di hujung minggu.. Walaupun hubby saya jenis tak kisah tentang masakan atau apa nak dimakan tapi hati nie masih ada ketakutan, kot2 hubby tak suka dengan masakan saya..

Tak dapat nak bayangkan jika dah memiliki bukan saja sorang tapi ramai cahayamata, tentu lagi pening nak fikir apa nak dimasak.. 

Betul tak..?

7 comments:

  1. betul sis... ada time mmg buntu tak tahu nak masak apa...

    ReplyDelete
  2. Sy sllu la stress psal hal ni. Hee..
    Rsa mcm pusing2 lauk sama je..

    ReplyDelete
  3. jangan kata yg ade anak, yg tk de anak pn pening nk msk. kalau bleh bace slera orang nk mkn ap on that day senang ler :)

    ReplyDelete
  4. snng tnya je nk makn apa ..heee.

    ReplyDelete
  5. Sha pun sama.. Pening owh fikirkan menu..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧