Friday, October 14, 2016

10 inisiatif jimat kahwin

Image result for cute wedding tumblrAssalamualaikum wbt..
Selamat pagi semua..! Hari nie saya nak kongsi sikit mengenai inisiatif jimat kahwin.. hehehe yea, memang saya dah kawin tapi entri saya buat khusus kepada bakal2 pengantin di kalangan sahabat blogger saya, kan.. Mesti awak tengah pening bil a memikirkan dan merancang majlis perkahwinan yang awak impikan.. Mana nak fikir buffet makanan, pakaian pengantin, doorgift, dan macam2 lagi.. Memang pening kan, saya faham sebab dua kali pengalaman sebegini dan memang kelam kabut dibuatnya..


Saya nak kongsi sikit 10 inisiatif jimat kahwin untuk tatapan awak, mana tau kot2 salah satu atau kesemuanya boleh digunapakai..

1) Tak perlu membazir untuk membayar tempahan baju atau persalinan yang berlebihan. Cukuplah sekadar dua persalinan untuk kedua-dua resepsi. Lebih baik jika awak menyewa saja kerana besar kemungkinan awak takkan pakai lagi.

2) Jika awak mempunyai saudara mara, jiran yang ramai dan rapat, apa kata awak mintak pertolongan daripada mereka untuk bergotong royong menjayakan majlis awak sebab ianya lebih menjimatkan daripada awak ambik upah untuk buat buffet katering.

3) Lakukan majlis akad nikah dan persandingan pada hari yang sama sebab dengan ini awak dapat menjimatkan belanja sewaan khemah dan makanan. Tetamu yang hadir jugak takdelah nak berulang alik untuk pergi ke majlis perkahwinan awak.

4) Mengenai jumlah hantaran, ianya bukanlah satu kewajipan dalam agama tetapi lebih pada kehendak. Jadi awak bincang dengan elok bersama-sama dengan pasangan dan ibu bapa untuk meminimakan jumlah hantaran dan kalau boleh tak perlu buat hantaran terlalu banyak, cukup sekadar memenuhi syarat dan lengkap dengan barangan hantaran saja.

5) Buat senarai semak supaya awak dapat menganalisis terlebih dulu perkara yang diperlukan bersama anggaran bajet yang akan dikeluarkan, selain melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan awak terlupa.
Image result for animasi perkahwinan
6) Tarikh untuk melaksanakan hari perkahwinan jugak memainkan peranan yang penting, sebagai contoh elakkan membuat majlis semasa cuti sekolah kerana kerana kadar caj akan meningkat berbanding dengan cuti biasa. Awak tak perlu mengejar tarikh pilihan hanya untuk memudahkan orang lain.
7) Survey dulu sebelum memilih mana-mana perunding perkahwinan bagi mendapatkan harga yang terbaik serta berkualiti. Pergi ke ekspo perkahwinan adalah salah satu tindakan bijak untuk mencari harga tawaran yang menarik.

8) Paling senang, buat sendiri dari segi hiasan dekorasi khemah, meja, dulang hantaran malah pelamin dan ianya pasti menjimatkan jika awak mampu buat sendiri. Awak boleh ambik ilham dan cedok idea daripada majalah perkahwinan dan internet, lepas tue awak olah sikit mengikut kreativiti masing-masing.

9) Bagi yang nak buat kad kahwin atau berkaitan dengan percetakan, awak boleh ambik pakej yang telah ditawarkan sebab ianya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan buat secara berasingan. Pakej ini biasanya merangkumi kad kahwin, bunting, banner serta button badge. Tapi pada saya, kad kahwin tue kita boleh buat sendiri lakaran atau design mengikut kreativiti sendiri dan kita cuma bayar caj mencetaknya saja, lagi jimat. 

10) Untuk pakej fotografi, awak perlu ambik pakej mengikut kesesuaian bajet awak. Awak tak perlu membazir dengan mengambil lebih dari satu album, cukup sekadar untuk simpanan sendiri sebagai kenang-kenangan. Begitu jugak dengan videografi, ianya bukanlah sesuatu yang wajib. Awak boleh buat videografi sendiri dengan meminta bantuan daripada sesiapa yang pandai mengambil video kemudian awak boleh edit sendiri video tue.. 

Itulah 10 inisiatif bagi menjimatkan bajet perkahwinan awak, bak kata orang, lagi sederhana kita buat, lagi berkat majlis perkahwinan kita dan kita ditegah sama sekali untuk membuat pembaziran sebab majlis nie hanya berlaku sekali seumur hidup.. 

Jaa nee..

7 comments:

  1. Assalamualaikum...
    tips yang berguna.. boleh Cik Nur guna pakai nanti bila tiba saatnya...
    kikiki

    ReplyDelete
  2. bagus tips ni utk rujukan sy nanti,hihi

    ReplyDelete
  3. Ade jugak ank jimat kemain mak pulak mlebih --' kalau disekat mrajuk pulak --'

    ReplyDelete
  4. no 1 dan 3 masa wedding siqah dulu. Hee. nak prepare wedding memang memeningkan tapi itu akan menjadi salah satu drpd kenangan terindah dalam hidup :)

    ReplyDelete
  5. Masa nikah&sanding ritu cikna nak buat skli je atleast xyah makeup bnyk kali tapi mak andam mata duitan dia xbg dia suh jgk makeup 2 x....;-(

    ReplyDelete
  6. Masa nikah&sanding ritu cikna nak buat skli je atleast xyah makeup bnyk kali tapi mak andam mata duitan dia xbg dia suh jgk makeup 2 x....;-(

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧