5 perkara penting tentang ubat si anak

Monday, October 17, 2016

Assalamualaikum wbt...

Runsing kan kalau si anak yang sakit..? Kalau sakit tue boleh dipindahkan, kita sanggup menanggung kesakitan daripada melihat anak sakit, tak kiralah demam ke selesema ke batuk ke.. Tapi adakah ubat yang kita simpan di rumah tue selamat atau tidak..? Saya nak kongsi perkara penting yang perlu awak beringat tentang ubat terutama ubat si anak..


Image result for child medicine png

1) Awak perlu selalu memastikan bahawa awak memberikan dos yang betul pada anak ketika memberinya ubat.

2) Ubat yang tidak disimpan dengan betul mungkin tidak akan berkesan dan anak awak akan tidak sihat untuk jangka masa yang lebih lama.

3) Sebelum awak memberi sebarang ubat kepada anak, pastikan awak membaca arahannya dengan teliti. Periksa tarikh luput ubat tersebut pada botol atau paketnya. Jika tarikhnya sudah luput, buang ubat itu, walaupun botolnya masih penuh. 

4) Biasanya terdapat nota pada pakej ubat yang menyatakan bagaimana ia seharusnya disimpan. Sesetengah ubat perlu disimpan di dalam peti sejuk. Sesetengah yang lain pula perlu disimpan di tempat yang sejuk dan kering, jauh daripada sinaran matahari.

5) Sentiasa simpan ubat-ubatan, jauh daripada capaian kanak-kanak. Tempat yang ideal adalah almari tinggi atau kotak yang berkunci. Awak perlu pastikan  menutup semula penutup ubat sebaik sahaja awak selesai menggunakannya. 

Itulah 5 perkara penting yang perlu awak tengok dan beringat.. Yang paling penting, periksa tarikh luput ubat dan jauhkan ubat daripada anak-anak...


1 comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧