Monday, November 14, 2016

4 Cara Yang Salah Guna Pisau. No.2 Tu Semua Orang Buat!

Assalamualaikum wbt...
Image result for use knife
"Tak sangka rupanya selama ni salah rupanya cara saya guna pisau."

Sebenarnya ramai antara kita yang buat salah ketika menggunakan pisau di dapur. Kita main ‘langgar’ je kan. Sebenarnya nak pakai pisau ni pun ada cara yang harus kita patuhi. Jom kita check empat kesalahan yang selalu dibuat ketika kita menggunakan pisau di dapur.

1. Pakai sampai ‘tumpul’
Tak ramai yang akan terus mengasah mata pisau setiap kali selesai menggunakannya. Bukan main lama kita pakai pisau tu, sampai matanya sudah hilang ‘taring’ dan mulai bergerigi. Menurut James Briscione, Pengarah Perkembangan Kulinari di Institut Penyelidikan Kulinari New York, antara kesalahan utama yang sering berlaku di dapur adalah penggunaan pisau tumpul.

Apabila pisau yang digunakan sudah tumpul, maka ia tidak dapat memotong dengan baik. Pernah tak awak berhadapan dengan situasi, sukar nak potong tomato tanpa menghancurkannya? Atau apabila awak menyiang ikan, hasilnya tidak kemas dan kadangkala merosakkan tekstur ikan? Itu menunjukkan pisau awak dah tumpul sangat. Menggunakan pisau yang tumpul juga akan menyebabkan awak mudah tercedera.




2. Guna pisau yang salah
Akuilah, awak main lanyak je satu pisau untuk potong semua benda kan? Ini kesalahan yang memang semua orang buat. Adakah cuma hanya ada satu pisau di dapur atau sudah menjadi kebiasaan untuk menggunakan the favourite one?

Untuk pengetahuan awak, pisau untuk memotong daging berbeza dengan yang digunakan untuk memotong sayur atau buah. Penggunaan pisau yang tidak sesuai dengan bahan yang hendak dipotong cenderung untuk mencederakan awak. Kenalilah pisau awak dan pilih mengikut kesesuaian dan fungsinya yang sebenar.




3. Salah cara pegang pisau
Kebanyakan orang tanpa disedari melakukan kesilapan ni. awak harus meletakkan beban pada pemegang pisau agar ia tidak ‘lari’ dan membuatkan potongan menjadi tidak kemas. Awak perlu menggengam bahagian pemegang dan jari pada tangan yang tidak memegang pisau harus memegang rapat pada makanan yang mahu dipotong.

4. Potong cara salah
Agaknya betul ke tak cara kita memotong guna pisau selama ni? Tengok video ni untuk rujukan:





8 comments:

  1. hii ikut pegang jer pisau .. asalkan potong

    ReplyDelete
  2. Aaa, bedal je pisau satu kat dapur. Bab tumpul, mek slalu asahkan lepas guna

    ReplyDelete
  3. No 2 tu betul, pisau tu la bedal potong semua T_T

    ReplyDelete
  4. Hehhehee... yelah kalau ada lebih dari satu pun itu untuk kegunaan dua orang.
    Anak satu ibu satu

    ReplyDelete
  5. Haah yg 2 tu semua bedal pakai 1 pisau

    Singgah jenguk tanya khabar. Semoga sihat selalu. ❤
    theathra.blogspot.my

    ReplyDelete
  6. tu la..main guna je..
    bukan reti sgt ni..asalkan mende tu terpotong dah..
    haha =p

    ReplyDelete
  7. No 2!! Siqah suka guna pisau favourite untuk potong semuanya. Hehe..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧