Saturday, November 12, 2016

5 langkah untuk elak anak mencarut..

Image result for child bad behaviour
Assalamualaikum wbt..
Kita tentu penah dengar ada di kalangan kanak-kanak yang suka mencarut jika mereka bergaduh dengan rakan-rakan mereka.. Terasa macam nak cili2 aje mulut mereka kan, tapi apakan daya, itu anak orang.. Apa perasaan kita jika anak kita sendiri suka bercakap mencarut jika dia bergaduh dengan adik beradik..? Marah..? Sedih..? Apa nak buat untuk mengelak mereka daripada terus menggunakan perkataan yang tak sopan tue? Malu kita kan kalu perkataan2 nie terkeluar dan didengari oleh orang ramai..



Saya nak kongsi sikit tips camne nak elak anak daripada mencarut, moga2 kita semua beristikhamah dalam mendidik anak2..



1. Tunjuk contoh terbaik
Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik kepada anak-anak dalam mendidik mereka berkomunikasi. Sebagai ibu bapa,  gunakan bahasa yang baik dalam berkomunikasi. Elakkan diri daripada menggunakan perkataan yang kasar seperti ‘bodoh’. Teori ‘social learning’ atau ‘modelling’ ada mengatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui pemerhatian.



2. Pantau rancangan Tv
Cuba peruntukkan sedikit waktu bersama anak-anak. Awak dapat memantau rancangan televisyen(tv) yang mereka tonton. Perhatikan kata-kata (dialog) yang digunakan oleh watak dalam rancangan tersebut. Kadang penggunaan perkataan yang tidak sesuai sangat jelas dan kerap kali digunakan dalam setiap rancangan kartun sama ada alih bahasa atau rancangan kartun terbitan tempatan seperti perkataan ‘tak guna’. Anda perlu terangkan bahawa perkataan itu tidak sesuai digunakan dalam percakapan harian.



3. Mainkan peranan
Terlalu banyak rancangan kartun dialih suara dan kerap kali menggunakan perkataan yang tidak 'manis' di sebut anak-anak, jadi pihak berwajib harus tampil ke hadapan untuk membendung masalah ini. Sekatan atau tapisan harus dibuat agar perkara ini tidak berleluasa seterusnya menyebabkan kanak-kanak terpengaruh dengan perkara-perkara tidak elok.



4. Terap nilai keagamaan
Kanak-kanak yang baru dilahirkan itu adalah fitrah, ibu bapa kena mencorakkan. Mulakanlah setiap hari dengan perkataan yang baik-baik. Segala perbuatan yang dilakukan perlu dimulakan dengan ucapan ‘bismillah’. Anak-anak akan belajar dan mengikut perbuatan ibu bapanya. Sekiranya, ibu bapanya mencarut maka anak juga akan mencarut.



5. Semak pergaulan
Setiap saat, anda harus pastikan anak-anak anda bersama dengan siapa, apa yang dibuat dan kata-kata yang dia gunakan. Jika dibiarkan tanpa pemantauan, anak-anak akan rasa bebas, seterusnya membuat apa sahaja yang mereka mahukan. Kalau ibu bapa lambat menyedari akan pengaruh yang tidak baik ini kepada anak-anak mereka sedangkan anak-anak mereka sudah terbiasa dengan keadaan itu, ini akan menyebabkan anak memberontak dan berfikir ibu bapanya tidak menyayangi mereka lagi. Jadi, melentur buluh biarlah dari rebungnya.


4 comments:

  1. Bagus ni.
    Ibu bapa patut baca.
    Terima kasih.

    Dari: http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Trkdg kluar jugak bdoh time drve --'
    Yg pngaruh tv and peer tu mmg mek prcaya habes. Ank mek yg 11bln pn pndai buat ultramen sbb peer dia duk tgk ultramen --'

    ReplyDelete
  3. tips yg sgat berguna.. tp mmg agak sukar juga apabila anak-anak berada d'dlm rumah.. kena sentiasa perhatikan & nasihat anak2 itu~~

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧