Saturday, November 12, 2016

Jangan salah cuci muka

Penting: Jangan Salah Cara Cuci Muka!
Assalamualaikum wbt..
Ramai yang salah ketika membasuh muka. Walaupun nampak mudah, hanya perlu basahkan muka, gunakan pembersih wajah, kemudian bersihkan dengan air, sebenarnya lebih daripada itu.

1. Salah pilih produk
Pembersih muka yang sesuai dengan awak harus mampu menanggalkan kotoran dan kesan mekap, tetapi tidak mengurangkan kelembapan semula jadi muka anda. Memilih produk yang salah akan membuatkan kulit muka menjadi merah atau iritasi pada wajah.

2. Salah suhu air
Kata orang, air panas akan membuka liang dan yang sejuk menutupnya semula. Kenyataannya, liang roma tidak mempunyai otot untuk terbuka atau tertutup. Walaupun air panas memberi keselesaan pada wajah anda, ia sebenarnya membuatkan ia menjadi kering. Air suam adalah yang terbaik untuk membersihkan muka awak.

3. Skrub wajah
awak boleh menggunakan skrub tetapi jangan kerap. Produk pengelupasan sebenarnya bertindak untuk menanggalkan sel kulit mati, tetapi tidak digalakkan untuk penggunaan secara kerap. Dua atau tiga kali seminggu sudah memadai.

4. Gosok dengan tuala
Pedap, bukan gosok muka dengan tuala. Menggosok muka dengan tuala membuatkan awak rasa selesa, tetapi ia sebenarnya membuatkan tahap elastik kulit awak menurun. Paling mudah menerangkannya, ia menggalakkan kulit menjadi kendur. 


2 comments:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧