Wednesday, November 09, 2016

Pagi-pagi nak moody...

Image result for anime tension gifAssalamualaikum wbt...
Pagi-pagi nak moody dah, pasal apa..? Semalam hubby saya balik ke rumah dan tengah hari nie dah nak balik Sungkai sebab bosnya telefon semalam suruh masuk kerja.. Warghhh... Tensionnya, penat lelah belum hilang lagi, dah kena balik...huhuhu

Kesian bie sayang... Takpelah, asalkan dapat jumpa sekejap pun jadilah.. Tapi dia rasa ralat jugak sebab tak dapat nak jemput ummie saya yang datang daripada Terengganu kat KLIA nanti..Ummie saya datang ke sini sebab 19hb nie dia dan adik bongsu nak ke Labuan untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya...Kiranya bulan nie jugak last month tempoh untuk menjaga cucunya dan bulan depan ummie akan bersara terus, hehehe... Lagipun tinggal dua ke tiga minggu saja cuti sekolah akan bermula dan adik keempat akan balik ke Terengganu untuk menghabiskan cuti sekolahnya di sana.. Secara kebetulan pulak suami dia a.k.a. adik ipar nak mengerjakan umrah pada awal bulan Disember nanti...

Haiiihh..Bila lagi nak jumpa dengan hubby lagi..? Cuti rehat cuma tinggal sehari jea lagi...huwaa....

4 comments:

  1. Alahai..Sabar ye shikin.. Dugaan PJJ nie..

    ReplyDelete
  2. Allhuakbar.. moga jadi isteri y soleha kak, in shaa Allah semua tu dugaan. Sabar tau

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧