Monday, November 14, 2016

Petua lama untuk buang angin dalam badan

Urut terapi buang angin bagi wanita Muslimah

Assalamualaikum wbt...
Sepanjang saya buat part-time buat urutan terapi buang angin dalam badan, ada beberapa orang customer saya sering bertanya bagaimana untuk mengurangkan angin dalam badan atau ingin mengurangkan rasa sakit uluran angin medu... Sebab bila angin dalam badan terlalu banyak, bukan saja kita terasa sebu dalam badan, malah kita akan rasa lesu dan tak bermaya, rasa malas jea nak buat kerja dan lebih teruk lagi, rasa sakit pada bahagian hulu hati.. Bukan tue saja, emosi kita turut terganggu macam nak marah2 aje walhal sesuatu perkara yang kita alami selalunya akan berulang-ulang, rasa tension, mood pulak bertukar2, kejap2 okey, kejap2 jadi macam singa kelaparan...

Image result for cara urutan buang angin
Tapi apakah maksud sakit uluran angin medu..? Apa benda tue..? Well, Di dalam bahasa Perubatan Allopathy, ianya digelar Hernia, dalam perubatan Melayu dipanggil Uluran. Angin Medu (setelah melepasi paras pusat ke atas). Angin Pasang dan sebagainya. Puncanya terbahagi kepada tiga pecahan utama iaitu :-

1) Angin
2) Lendir
3) Urat (Saraf)

Uluran atau hernia ini adalah masalah bengkak pada urat ari-ari (sekitar atas kemaluan) dan juga bengkak pada batu kemaluan menyebabkan ada saluran angin yang terdorong naik ke bahagian atas membawa ke dada (angin medu) yang jika dibiarkan boleh membawa kepada maut.

Tanda-tanda sakit uluran adalah seperti berikut:

1) Bahagian atas pusat ke dada terasa keras.
2) Nafas di dada tersekat atau tersumbat.
3) Terasa sakit atau pedih di bahagian tengkuk.
4) Kekuatan tubuh kurang kuat pada tubuh sebelah kiri.
5) Kurang berpeluh
6) Kencing tidak tus (tidak lawas)
7) Kurang selera makan

( definisi & tanda - kredit to Ustaz Wan Asrul AlKalantani )

Terdapat 7 cara untuk awak boleh membuang angin dalam badan, dan ianya bergantung kepada cara camne awak membuang samada melalui sendawa ataupun maaf sebut, kentut...

  1. Banyakkan minum air masak/suam supaya ruang tersebut diganti dengan air dan bukannya angin.
  2. Lakukan urutan visera (abdomen): Mula-mula letakkan kedua-dua tapak di paha kanan atas, kemudian tekan abdomen dan urut sehingga ke bawah tulang rusuk dan teruskan urut di sepanjang bawah tulang rusuk ke arah kiri, turun ke bawah hingga di atas paha kiri. Ulang urutan ini sehingga terasa semua angin keluar.
  3. Gunakan pencuci kolon/usus besar semulajadi yang banyak dipasaran. tapi pastikan semulajadi ok?
  4. Kunyah makanan perlahan-lahan supaya lebih senang hadam
  5. Elakkan makan gula-gula getah dan menelan banyak udara
  6. Makan dalam porsi yang kecil setiap 2 ke 3 jam
  7. Amalkan minuman air halia atau bawang putih:
  • Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
  • Hiris bawang putih nipis-nipis.
  • Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
  • Minum ramuan ini sebulan sekali.

Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.. Nak promote sikit, pada sesiapa yang tinggal di kawasan Salak Tinggi, Dengkil, Putrajaya, Cyberjaya dan Nilai, saya ada memberi perkhidmatan urutan buang angin bagi wanita muslimah..


14 comments:

  1. InsyaAllah :) tp klau angin mmg tk slesa btoii

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    dalam banyak-banyak tu Cik Nur buat minum air masak je... kikiki

    ReplyDelete
  3. thank you untuk info yang bermanfaat ini .

    ReplyDelete
  4. Terima kasih bg informasi ni kak ekin

    Singgah jenguk tanya khabar. Semoga sihat selalu. ❤
    theathra.blogspot.my

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..
    tq share..
    kt Klang @ Shah Alam xde turun ke?huhu =p

    ReplyDelete
  6. Cik Yaya : hehehe tak kot sebab ianya di luar kawasan saya, dan caj perkhidmatan pun berlainan ditambah plak caj minyak dan caj tol.. kalu nak murah, bleh datang ke rumah saya.. =)

    ReplyDelete
  7. Terima kasih shikin atas perkongsian. Kadang2 siqah pedih hulu hati jugak. Mesti sebab angin kan.. bookmark post ni. Senang nak refer nanti :)

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Yea sis.. Saya berurut di rumah tapi saya boleh jugak ke rumah sis.. =)

      Delete
    2. Boleh bg contact no..sy tinggal di pekan dengkil. Blakang kfc

      Delete
    3. Sis, kat atas sekali pada entri nie saya dah sertakan no contact saya.. =)

      Delete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧