Wednesday, December 07, 2016

Belajar Zaman Dulu VS Zaman Sekarang

Assalamualaikum wbt...
Sekadar muhasabah kepada kita semua...Perbezaan antara belajar di zaman dulu vs zaman sekarang..
Image result for belajar jaman dulu dan sekarang


Zaman Dulu, sanggup tak tidur sebab menuntut ilmu.
Zaman Sekarang, sanggup tak belajar kerana banyak tidur.

Zaman Dulu, sanggup berjalan jauh demi ilmu.
Zaman Sekarang, belajar jauh-jauh sebab nak berjalan-jalan.

Zaman Dulu, masalah fiqh ditanya kepada Ulama'.
Zaman Sekarang, masalah fiqh dibincang dan didebat dalam group whatsApp.

Zaman Dulu, takut nak keluarkan fatwa.
Zaman Sekarang, semua orang mengaku jadi mufti dan sesuka hati 
menghukum orang dan mengeluarkan fatwa.

Zaman Dulu, belajar 20 tahun masih berasa jahil.
Zaman Sekarang, belajar 2 jam dalam encik google dah mengaku alim.

Zaman Dulu, belajar sebab nak mengenal Allah.
Zaman Sekarang, belajar sebab nak dikenali dan dipuji orang.

Zaman Dulu, Tok Guru masuk kelas tanpa bawa kitab kerana alimnya,
Zaman Sekarang, anak murid yang tak bawa buku sebab malasnya.

#Semoga kita dijauhi sifat2 yang dimurkai oleh Allah dan Rasul..


6 comments:

  1. Hehehe perbezaan yg menarik.. reality sekarang..

    ReplyDelete
  2. Banyak kan beza...
    Dulu, kalau kena rotan kat cikgu, confirm takut nak cakap kat mak ayah..
    Sekarang, kena cubit pun maka ayah dah nak saman cikgu..

    Apa nak jadi gan bebudak sekrang..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  3. sangant berbeza dulu sangat sekarang...
    macam langit dengan bumi

    ReplyDelete
  4. Point nombor dua tu ada kaitan dengan saya, nak belajar jauh-jauh sambil menikmati tempat orang.

    ReplyDelete
  5. realiti hidup sekag.. dulu x sama kini

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧