Friday, December 23, 2016

D.I.Y. cara untuk membersihkan celah botol minuman yang berdaki & berbau busuk

Teknik Membersihkan Celah Botol Minuman Yang Berdaki & Berbau Busuk
Assalamualaikum wbt..
Botol minuman nie kalau kita gunakan dalam jangka masa yang lama, pasti akan ada kotoran dan daki di celah-celah dan ianya sangat susah nak bersihkan.. Walaupun kita menggunakan berus tapi ianya masih lagi tak dapat nak tanggalkan daki yang berada di celah-celah botol minuman nie..



Hari nie, saya nak kongsi camne cara nak bersihkan segala daki dan kotoran yang berada di celah botol minuman.. Kredit to Majalah Impiana..



Bahan-bahan:
Air panas
Pencuci pinggan mangkuk
Beras
Baking soda






Jirus botol minuman dengan menggunakan air panas. Jika kotoran ataupun daki pada bekas minuman begitu sukar ditanggalkan, isikan penuh-penuh air panas di dalam bekas minuman dan letakkan sedikit pencuci pinggan mangkuk. Biarkan selama 20 minit.



Setelah itu, buang air di dalam bekas minuman dan isikan dengan 1/3 cawan beras dan 1/3 cawan baking soda. Beras sangat efektif untuk menyingkirkan daki yang kering pada permukaan botol minuman. Manakala, baking soda pula bertindak untuk membasmi bau botol yang kurang menyenangkan.


Selepas itu, isikan sedikit dengan pencuci pinggan mangkuk dan air panas separuh.


Tutup botol minuman dengan penutupnya dan goncangkan.



Bila awak mengoncangkan botol minuman beberapa kali, buka penutup botol dengan berhati-hati untuk mengelakkan ‘letupan’ gara-gara ereksi baking soda. Tuang lebihan ke dalam sinki.


Bilas dengan air yang bersih. Keringkan sepenuhnya di atas rak pinggan secara terbalik. Akhir sekali, bilas sekali lagi sebelum ingin digunakan. 

Diharapkan ianya dapat membantu kerja-kerja rumah seharian kita.. 


7 comments:

  1. Tips bagus ni kak! Botol air siqah pun ada gak jadi gitu. Huhu. Nice sharing kak :)

    ReplyDelete
  2. Tapi banyak nya baking soda pakai sebab nak bersihkan sekali. 😂 Beras pun banyak

    ReplyDelete
  3. Wahh ju slalu hadapi ksukaran nak bersihkn celah botol ju. Slalu try gosok guna tisu je. Trima kasih tau share tips ni =D

    ReplyDelete
  4. Bagusnya tip ni, selalu akk guna beras jr, goncang-goncang, ok lah juga. Tq sharing awak yea.

    ReplyDelete
  5. thanks for sharing. nice tips. boleh guna lepas ni :D

    ReplyDelete
  6. nice tips.. botol2 mcmnie kdg mmg senang berdaki

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧