Melatah... Seronok ke seksa..?

Wednesday, December 14, 2016


Assalamualaikum wbt..
Tajuk entri untuk hari nie... hihihi dah macam masuk kelas pulak kan.. Tapi itulah saya nak kongsikan pada awak.. Melatah.. Maksud melatah nie adalah satu tingkah laku yang tak normal apabila seseorang itu mengalami kejutan secara tiba-tiba.. Bila mereka melatah, selalunya mereka akan melakukan perkara seperti menari, menyanyi, menjerit, ketawa yang tak terkawal dan meniru kata-kata atau tingkah laku sekeliling mereka.. 

Jika di zaman dulu, melatah nie merujuk kepada orang-orang yang lebih tua tapi sekarang tingkah laku nie dah merebak kepada orang-orang muda dan tak kira jantina, samada lelaki ataupun perempuan.. 

Rekod terawal dalam tingkah laku melatah ini menurut jurnal J. R. Logan pada tahun 1849 apabila beliau mengembara dari Melaka ke Naning. Walaupun ini hanya mungkin satu rujukan, dengan tahun 1860-an, melatah telah dikenal pasti dengan jelas dalam bahasa Melayu dan Jawa. Nota O'Brien dari awal hingga pertengahan 1880 adalah perhimpunan pertama maklumat mengenai latah telah direkodkan. Beliau memerhatikan bahawa melatah ini adalah lebih biasa di kalangan wanita berbanding lelaki, dan lebih cenderung untuk berlaku dalam lebih tua, dan bukannya lebih muda..


Bagi orang yang tak penah melatah, mungkin berasa seronok bila melihat karenah orang yang melatah sebab bagi mereka apa yang diperkatakan tue agak melucukan tapi awak tau tak sebenarnya betapa seksanya si pelatah ini.. Mereka tak sedar apa yang diperkatakan dan kelakuan mereka mungkin melucukan tapi amat memenatkan.. Masa zaman saya kecik dulu, saya penah dihambat dengan seorang nenek yang melatah dengan cara yang amat bahaya sekali..Sebenarnya waktu tue ada sorang pakcik nie suka mengusik nenek yang suka melatah..Secara kebetulan nenek nie tengah pecahkan kelapa untuk diparut dengan menggunakan parang.. Bila pakcik nie sergah, melatahlah nenek nie, sambil mengacu-acukan parang, kami secara kebetulan duduk dekat dengan nenek nie lintang pukang lari sebab terperanjat tengok nenek acukan parang ke arah kami, seolah-olah nak menetak.. Bukan ke tue bahaya...
Image result for melatah

Memang seronok tengok orang melatah tapi kena tengok keadaan jugak kalu nak mengusik pun.. kalu si pelatah nie guna bahasa yang sopan takpelah jugak, tapi camne kalu dia guna bahasa yang tak sepatutnya keluar, contohnya seperti mencarut dan sebut perkataan2 yang lebih 'daring'... Kan tak manis didengar, apatah lagi bila ada kanak-kanak di sisi... 

So, berhati-hatilah kalu nak mengusik orang yang melatah nie, sebab ianya melibatkan maruah seseorang... Jangan kerana kita seronok mengusik tapi orang lain menderita kerananya.. 

p/s : Saya pun salah sorang pelatah tapi belum kronik lagi... 

4 comments

  1. masa akak keje dalm production dulu ramai sangat yg suka melatah....

    ReplyDelete
  2. Jgn laa.. kesian orang latah ni.. Nampak kelakar, tapikan sbnrnye dorang letih tau.. satu agik, bahaya.. Time bawak kete ke.. time dia pegang pisau ke.. Bahaya wooo..

    ReplyDelete
  3. aa, kezen mek dia latah jugak. klau ap ade kat tangan, memang dia baling je time latah. bhyakan.

    ReplyDelete
  4. kadang2 kite rasa lawak kat org melatah ni tapi sbnrnya bahaya lagi2 kalau tgh pegang bnda tajam ke, apa ke..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧