Thursday, December 08, 2016

Otanjobi omedetto-gozaimasu, oto-san...

Selamat hari lahir abah
Assalamualaikum wbt..
Selamat hari lahir abah! Nur doakan semoga abah dikurniakan kesihatan yang baik, semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan abah di dunia dan di akhirat.. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa abah dan semoga Allah mengharamkan api neraka mendekati abah. Nur jugak doakan semoga abah diberikan rezeki yang murah dan berlipat kali ganda.. 

Terima kasih kerana menjaga Nur dan adik2 dan terima kasih kerana memberikan kasih sayang kepada kami semua... Tanpa abah dan ummie, kami takkan lahir ke dunia ini dan membesar di bumi Allah ini..

Kita berdua mempunyai persamaan dari segi sikap dan tarikh lahir, cuma yang membezakan kita adalah tahun..

Abah – 8/12
Nur – 12/8

Bak kata orang, kita bagaikan adik beradik kembar sebab mempunyai nombor yang sama, cuma diterbalikkan saja.. Nur mintak maaf kerana tak dapat nak raikan hari lahir abah pada hari nie, hanya titipan doa saja yang Nur dapat sampaikan..

Selamat hari lahir, abah!

6 comments:

  1. Salam singgah sini....Selamat hari lahir buat abah nur

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir untuk abah Shikin.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir untuk ayah kak shikin, semoga panjang umur dan murah rezeki.

    ReplyDelete
  4. Salam ulang tahun kelahiran buat abah Shikin..
    Semoga dikurniakan kesihatan yang baik..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧