Wednesday, December 07, 2016

Penyediaan anak untuk ke tadika

Image result for ready to schoolAssalamualaikum wbt..
Cuti sekolah dah bermula kan, hehehe.. Sebenarnya dari akhir bulan November lagi dah start dah cuti sekolah.. Tapi ada anak2 kita yang tahun depan yang akan masuk ke tadika atau pra-sekolah kan.. Mesti mereka tak sabar nak ke sekolah. Tapi kita perlu sediakan anak-anak kita untuk menghadapi situasi di tadika kan.. Jom kita semak apa yang kita perlu buat supaya anak-anak kita lebih bersedia untuk ke tadika.

a) Mengajar anak kita secara tak formal di rumah contohnya cara pegang pensel dengan betul dan mengajar mereka mewarnakan gambar.
b) Melatih anak kita untuk menjaga peralatan peribadi seperti beg sekolah, kasut dan perkakasan sekolah.
c) Mengajar kita untuk bercakap dengan cara yang betul dan jelas, bukan cara yang pelat.
d) Ibu bapa hendaklah menyediakan keperluan yang lengkap. Contohnya pakaian seragam sekolah, perkakasan sekolah seperti beg dan alat tulis, bekalan makanan dan minuman sekiranya pihak tadika tak sediakannya.
e) Kita perlu menerangkan kepada anak-anak tentang tujuan pergi ke tadika.
f) Mengajar anak kita cara untuk menjaga keselamatan diri ketika berada di sekolah atau pun luar sekolah, juga ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.
g) Memberitahu pada anak-anak agar tidak mengikuti orang-orang yang mereka tak kenal.
h) Memberitahu pada anak-anak tentang cara menjaga kebersihan diri dan juga peralatan sekolah mereka.
i) Mengajar anak supaya berdikari ketika berada di sekolah dengan memberikan kata pujian.
j) Ibu bapa perlu berkomunikasi dengan anak-anak dan bercerita pada mereka tentang tadika mereka.

Semoga maklumat nie dapat membantu pada mak ayah yang baru pertama kali nak hantar anak mereka ke tadika. 

4 comments:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧