Peraturan sebelum berkahwin muda

Wednesday, December 07, 2016

Image result for marriage
Assalamualaikum wbt..
Okey, kali nie saya nak berkongsi nota dengan Encik-Encik, jadi adillah kan ada entri untuk wanita dan lelaki.. hehehe... Siapa yang taknak berkahwin kan, yang boleh mendampingi kita ketika susah dan senang, yang boleh mendengar masalah kita ketika dilanda musibah daripada persekitaran keliling kita.. Dah jadi trend di zaman sekarang ada segelintir lelaki yang memilih untuk berkahwin di usia muda..

Tapi, sejauh mana awak bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam rumah tangga..? Adakah awak bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memikul amanah Allah yang awak perlu bawak sehingga hari akhirat..? Jom kita semak panduan ini...

Lupa kisah silam
Apabila awak bersedia untuk mengahwini seorang wanita bermakna awak perlu bersedia untuk melupkan kisah lampau. Perjalanan yang dilalui bersama bakal isteri tidak memerlukan kisah silam awak.. Bahkan ianya hanya mengundang bencana dalam perkahwinan, jadi awak perlu lupakan semuanya..

Bina kasih sayang
Dasar cinta yang diungkapkan kepada bakal isteri memerlukan komitmen awak sepenuhnya. Sayangi bakal isteri sepertimana yang awak janjikan pada si dia.. Tunjukkan kasih sayang awak dalam cara yang kreatif kerana kelebihan ini akan menambahkan kasih dalam perkahwinan kalian.

Biasakan diri
Setelah bertukar status daripada bujang kepada dah berkahwin, kehidupan awak akan menjadi lebih mencabar terutama pada awak yang dah berada dalam zon selesa. Awak perlu meluangkan masa lebih banyak dengan isteri berbanding dengan kawan-kawan.. Masa aktiviti bersukan awak boleh dibahagikan sama rata dengan masa untuk bersama keluarga ataupun awak boleh melakukan aktiviti bersukan bersama2 dengan keluarga.. Awak perlu mencuba untuk mengurangkan sesi lepak bersama dengan kawan-kawan awak kerana awak perlu sedar bahawa awak kini sudah dimiliki dan mempunyai tanggungjawab lebih besar kepada keluarga.

Usah lepas cakap
Hubungan antara awak dengan kawan-kawan biasanya lebih kasar. Melalui percakapan juga ada segelintir lelaki dilihat tidak terlalu menjaga tutur kata mereka. Apabila awak dah beristeri, awak kena tapis setiap tutur kata, kerana bimbang mungkin akan mengecilkan hati isteri. Awak perlu belajar mengawal diri dan berfikir sebelum berkata-kata walaupun niat di hati ingin bergurau dengan isteri.

Bersemangat
Apabila menjadi suami isteri, beri sepenuh semangat awak kepadanya. Sokong minat dan hobinya agar dia sentiasa yakin dengan dirinya sendiri. Cuba selami keseronokan minatnya sebelum awak cuba menyekat kesukaannya.

Kendalikan emosi dengan baik
Takde sorang wanita dalam dunia nie yang mahu bersuamikan seorang pemarah dan kasar. Sebagai seorang lelaki, awak perlu belajar memahami sisi sensitif seorang wanita. Harga diri dan ego seorang lelaki memang tak boleh dipisahkan cuma gunakan masa yang sesuai. Wanita memerlukan seorang lelaki yang selesa didampingi dan menenangkan.

Matang
Kematangan seorang lelaki diukur daripada cara dia menyelesaikan masalah dan mengendalikan sesuatu situasi. Suami yang matang mampu mencuri hati wanita dan ia selalunya kelihatan seksi di mata wanita. Jika sifat ini sukar ditanam, tak mustahil perkahwinan yang dibina tidak memberi kebahagiaan kepada si isteri..

Momen Cinta : Belajar menjadi seorang lelaki yang bukan sekadar fahami istilahnya tapi amanah yang harus dipikul. Ini kerana isteri merupakan amanah daripada Allah dan apa jua yang awak lakukan dalam perkahwinan akan disoal oleh Allah di hari akhirat nanti..


3 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧