7 petua untuk haluskan tapak tangan

Wednesday, January 11, 2017

Image result for soft hand

Assalamualaikum wbt...
Siapa yang taknak tapak tangan yang halus mulus, kan.. Mesti kita rasa segan kalau tapak tangan kita kasar bila bersalam-salaman.. Meh kita baca peta yang boleh menghaluskan tapak tangan dengan bahan semula jadi...



Image result for lime pngLimau Nipis
Perahan air limau nipis membantu membuang sel kulit mati pada tapak tangan. Sel-sel kulit mati inilah yang menyebabkan kulit pada bahagian ini menjadi kasar. Lantaran, ia perlu ditanggalkan agar kulit kembali halus. Awak belah limau nipis kepada dua bahagian lepas tue gosokkan secara perlahan pada tapak tangan. Biarkan sehingga kering, kemudian bilas dengan air suam yang bersih. Buat petua ini sekurang-kurangnya sekali sehari tapi awak pastikan tangan awak takde luka-luka sebab perahan air limau nipis boleh menyebabkan bahagian luka tue menjadi perit dan sakit.



Image result for coffee powder pngHampas kopi 
Selepas minum kopi, awak jangan buang hampasnya. Awak boleh guna hampas kopi tue untuk menggosok tangan. Hampas kopi nie bertindak sebagai skrub yang bukan saja membuang kotoran tapi juga melembutkan tapak tangan dan meninggalkan bau kopi yang harum. Awak boleh buat petua nie sekerap mungkin dan boleh amalkan pada bila-bila masa.




Air rendaman garam bukit
Image result for sea salt png
Masukkan garam bukit di dalam air suam dan awak boleh tambah minyak aromaterapi untuk kesan yang lebih baik. Lepas tue awak rendam tangan awak selama 10 hingga 15 minit dan bilas dengan air sejuk. Awak akhiri petua nie dengan memakai losyen tangan. Air garam bukit ini merawat bahagian bermasalah, membuang toksin, kotoran dan menyingkirkan sel kulit mati. Kulit awak akan nampak bersih, cerah dan tapak tangan menjadi semakin halus.





Image result for olive oil pngMinyak kelapa dan zaitun
Minyak kelapa dan zaitun bukan hanya digunakan untuk memasak sebaliknya ia juga mempunyai khasiat untuk kecantikan wanita. Mudah saja caranya, awak sapukan minyak kelapa atau minyak zaitun pada tangan atau tubuh yang kering dan kasar. Awak gosokkan secara perlahan-lahan, kemudian biarkan selama 10 minit. Akhir sekali awak bilas dengan air bersih, jangan gunakan sabun. Biarkan sisa minyak kelapa atau minyak zaitun pada tangan kerana ia membantu melembapkan kulit dan menjadikan tapak tangan awak halus. Sebaik-baiknya awak buat petua nie sebelum tidur.

Image result for aloe vera png



Lendir lidah buaya
Lidah buaya atau lebih dikenali sebagai aloe vera diketahui umum mempunyai khasiat yang cukup tinggi. Ia kaya dengan vitamin yang sangat baik untuk kulit. Awak potong lidah buaya kepada dua bahagian, ambil lendirnya dan gosok pada tapak tangan tapi jangan sampai terkena kulit lidah buaya kerana ia boleh menyebabkan kulit awak gatal atau iritasi. Biarkan sehingga lendir tue menjadi kering, kemudian bilas dengan air suam yang bersih. Lakukan petua nie tiga kali seminggu.




Image result for potato transparent background

Masker kentang
Awak kupaskan kentang, basuh sehingga bersih. Kemudian awak kisar atau parut kentang tue menjadi halus. Oles pada tapak tangan dan biarkan selama 20 hingga 30 minit. Bilas tangan awak dengan air suam yang bersih dan untuk mendapatkan kesan terbaik, akhiri dengan penggunaan losyen tangan. Kulit awak akan menjadi gebu dan menawan.






Image result for susu sejat




Manfaat susu cair
Awak masukkan susu cair ke dalam air panas suam kemudian rendamkan tangan awak selama 10 hingga 15 minit. Khasiat yang terkandung di dalam susu ini akan membuatkan kulit menjadi cerah, tapak tangan pun akan beransur lembut. Ia juga cara terbaik untuk mengatasi kulit kering.









So, selamat mencuba petua nie.. 


11 comments

  1. Perkongsian menarik ni Shikin :)
    Tetiba mengusap tapak tangan sendiri...halus lagi ni. Hehehehe.

    ReplyDelete
  2. Limau nipis tu pernah buat..bukan kat tapak tangan je..tapak kaki dan tumit pun ok..pada PC la..hihihi..alhamdulillah..cuma kena rajin.

    ReplyDelete
  3. Limau nipis tue plg senang dan murah. Boleh cuba nie. Mana tau boleh jd sehalus tangan baby kan. Hehe. Berangan kejap. Tp kne consistent kan. Tue yg penting.

    ReplyDelete
  4. perkongsian yg bagus dan murah..back to basic gitu..part limau tu kalau tangan luka mau terjerit jugak tu..

    ReplyDelete
  5. cik renex selalu guna hampas kopi tu, xpun yg teh punya. memang best kulit jadi pastu

    ReplyDelete
  6. Nice sharing :) Bahan yang digunakan pun senang nak dapat kan.. rasa part limau tu paling best.. hii

    ReplyDelete
  7. waa'laikumussalam. my mom selalu suh gosok tapak tngn dgn hampas kopi. mmg boleh haluskan tpk tngn 😉

    ReplyDelete
  8. aida suka no 1 tu.
    mudah.
    sedap bau limua nipis.

    ReplyDelete
  9. Semua tak pernah cuba.. Pasni boleh cuba.. Biasa guna scrub aje.. Tu pown jenjarang jerk.. hiks..

    ReplyDelete
  10. Janji rajin kan Shikin.. hehehe..
    Nice tips.. yg susu cair tu, first time tau..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧