Monday, January 09, 2017

First time makan 'Friends Of Burger'


Image result for lunch time pngAssalamualaikum wbt,
Hidangan tengahari kita selalunya adalah nasi putih, dimakan bersama-sama dengan lauk pauk yang menyelerakan serta ulam-ulaman yang segar, ditambah pulak dengan minuman berais pasti kita rasa kekenyangan, kan... Tapi ada jugak yang memilih hidangan barat seperti burger, pasta, macaroni ataupun hanya sekadar sandwich..


Hihi mesti awak pelik kenapa saya citer tentang hidangan tengahari, betul tak..? Sebenarnya saya nak review tentang salah satu restoran yang ada di Ayer 8, Presint 8 Putrajaya.. Dari kali pertama dia bukak kedai, hati nie meronta-ronta nak merasa hidangan yang dihidangkan tapi memang takde peluang untuk pergi ke sana.. Maklumlah, kat opis saya pun memang ada cafe dan selain itu, medan selera Teja Presint 9 menjadi sasaran kami..



Nama kedai nie adalah Friends Of Burger.. Eh, Pn. Shikin, macam sama jea dengan restoran makanan burger yang lain.. Tapi awak nak tau tak, memanglah ianya sama seperti hidangan burger yang sedia ada tapi yang uniknya tang daging burger dia tue...

Image result for friends of burger ayer 8

Kat sini ada macam-macam hidangan seperti bermacam jenis burger, hidangan pasta, hidangan burritos, ayam goreng, pizza (yang nie masih tak available lagi), hotdog, salad dan sup.. 

Burger
Pelbagai jenis burger...


Pasta
Hidangan pasta

Burritos
Burrito

Fried Chicken
Fried chicken

Roasted Chicken
Roasted Chicken

Hotdog
Hotdog

Pizza
Pizza (not yet available)

Salad & Soup
Salad and soup

Snacks
Snacks
Tengahari tadi saya dan sahabat saya, Kak Ayu berkesempatan pergi ke restoran tue untuk merasa hidangan buat kali pertama.. Saya order beef burger dengan harga RM12.. Untuk air dan fun fries harganya RM4.. Eh.. Japp... Mesti awak pelik kan, kenapa harga burger nie berasingan dengan hidangan add-on, selalunya hidangan burger memang dalam satu set kan, lengkap satu burger, air dan fries.. Sebenarnya saya pun tak pasti jawapannya tapi itulah uniknya kat kedai nie... Semua hidangan di atas memang tak dilengkapi dengan hidangan set.. Tapi memang puas hati la makan burger nie, tebal kot saiz daging burger tau...

Starlavenderluna Journal Of Life
Hahaha baru ingat nak snap, fries dah habis dimakan.. 

Nampak tak saiz daging burger dia..? Tebal kan...
Rasanya itulah kali pertama dalam kehidupan saya selama 35 tahun membesar nie, jumpa dengan saiz daging burger yang tebal.. Kalau awak nak mencuba hidangan western nie, bolehlah singgah di Ayer 8, Presint 8 Putrajaya..

Jaa nee...
 

17 comments:

  1. Replies
    1. Kan.. =) tadi pun macam nak beli sumanya jea sebab nampak sedap...

      Delete
  2. Selalu lalu je depan kedai. Boleh lah singgah lps nie sebab shikin kata sedap kan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi saya baru mencuba satu set hidangan jea, yang lain2 blum cuba lagi.. =)

      Delete
  3. Nanti bila turun ke KL...boleh ke Putrajaya try..tengok dagingnya tu nampak juicy la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi memang juicy Kak PC.. Datanglah ke Ayer 8, Presint 8 - mana tau kot2 bleh terserempak dengan akak ke sebab saya kerja kat Presint 7 jea..

      Delete
  4. Telan liur tengok post ni jam 5 pagi, hahaha. Mai suka burger daging homemade juga, selalu makan di burger bakar abang burn.

    Kak shikin, comel header baru,hihi, eh ke dah lama tapi mai tak perasan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi wahh pagi2 tengok post memanglah lapar... =) yea Cik Mai, akak baru tukar header tue, tambah tang warna pastel tue jea, btw terima kasih... =)

      Delete
  5. Hahaha.. tetibe lapar.. kul 5pg tgk entry Shikin nie..

    ReplyDelete
  6. tetibe pulak rasa lapar nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nieyl bolehlah singgah ke situ nanti.. =)

      Delete
  7. haa puas ati ! kat sni pun ada jual mcm ni tp dia food truck la. tebal gila beef/chicken burger sma jg roti pun tebal + sedap gilos ! hrga rm10 - 12 sekali hrga dgn side order.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, memang kenyanglah makan burger nie.. Ooo kira kat tmpt awak tue murah sikit la kan.. =)

      Delete
  8. Alahai.. Semua nampak sedap2 ni.. Terus lapo, huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, nanti YieN singgah la kat Ayer 8 Presint 8 nie kalu nak merasa.. =)

      Delete
  9. sedapppnya akak..semua makanan tu sy habiskan ya..hehehe

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧