Wednesday, January 18, 2017

Kesibukan..

Assalamualaikum wbt...

Selamat tengah hari suma.. Maaf la sebab dah beberapa hari jurnal nie takde nota, disebabkan kesibukan pada awal tahun.. Semalam kami berdua telah pergi ke Perpustakaan Negara Malaysia untuk membuat pinjaman buku berkelompok.. 

Pinjaman berkelompok? Library pun pinjam buku jugak ke..? Okey, camnie citernya.. Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok nie adalah disediakan kepada institusi/jabatan yang tidak mempunyai peruntukan untuk perolehan koleksi. Sesebuah institusi/jabatan yang telah berdaftar boleh meminjam sebanyak 400 buah buku untuk tempoh tiga (3) bulan. Institusi/jabatan tersebut bertanggungjawab terhadap buku yang mereka pinjam tertakluk kepada syarat dan peraturan Pinjaman Bekelompok. 

Image result for book trolley pngContohnya macam dekat library Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia adalah library khusus dalam bidang kebombaan, jadi kebanyakan buku yang ada di library JBPM nie adalah berkaitan dengan bidang kebombaan.. Tapi kami ada jugak beli buku ilmiah ringan yang lain cuma kuantitinya takdelah banyak sangat.. Jadi dengan pinjaman buku berkelompok nie kami utamakan bahan bacaan ringan seperti novel, buku citer kanak-kanak, agama, pengurusan, sains dan matematik yang takde dalam senarai di dalam library kami untuk galakkan lagi pengguna datang ke library dan meminjam buku.. Jadi setakat nie, kami dah pinjam sebanyak 15 kali dah dan sambutannya amat menggalakkan terutama di kalangan anak-anak staf yang memang suka pada buku-buku citer kanak-kanak terutama buku-buku komik... 

Starlavenderluna's Journal Of Life

Hari nie jugak ada majlis raptai hari perbarisan tahunan yang akan berlangsung pada pagi esok di perkarangan Ibu Pejabat JBPM, dan dengar-dengar citer novelis Mia Kiff yang menulis novel 'I love you abang bomba' akan datang esok.. Memang setiap tahun JBPM akan membuat perbarisan tahunan pada awal tahun untuk mendengar amanat yang akan disampaikan oleh YAS Datuk Wira Haji Wan Mohd Nor Bin Haji Ibrahim, Ketua Pengarah kami.. 

Sumber gambar daripada www.bomba.gov.my
Itu aktiviti waktu siang... Waktu malamnya pulak, saya masih lagi buat perkhidmatan urut terapi buang angin di sekitar kawasan yang saya cover.. Macam semalam, walaupun hujan turun renyai-renyai tapi ianya tak mematahkan semangat saya untuk berbakti pada masyarakat, dan nasib baik rumah customer saya berdekatan dengan taman perumahan saya.. hihi jadi takdelah rasa nak kejar masa sangat kan..

http://starlavenderluna.blogspot.my

Kalau ikutkan memang selepas balik daripada rumah, hati meluap-luap nak bercerita tapi apakan daya, rasa penat dan mengantuk menguasai diri dan sebab itulah agak jarang jugak saya update nota jurnal saya kat sini.. Konon-konon tahun baru nak update paling minima 4 entri setiap hari tapi huhuhuhu belum kesampaian lagi... 

Okey, jaa nee..

3 comments:

  1. Baru tau ada proses pinjaman buku mcm tue. Ana dulu plg suka library kat u. Boleh pinjam novel. Time tue tak ramai tau ada sekyen novel. Hehe

    ReplyDelete
  2. tq for sharing.
    aida ni jarang ke librari ha ha ha...
    ni satu ilmu baru pasal pinjam buku berkelompok tu.

    ReplyDelete
  3. Sha pun buat pinjaman berkelompok dekat PNM..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧